3 jenis Universiti Awam di Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 21, 2015, 03:54 pm

Universiti adalah salah satu tunggak masa depan yang cerah. KAUNSELOR - Beza Program Terbuka dan Program Khusus - asasi Pelajar Malaysia yang ingin memohon masuk ke Universiti Awam (kecuali Ijazah Pertama di USM, UiTM dan UM) mestilah mendaftar melalui UPU. Universiti awam di Malaysia terbahagi kepada 3 jenis:

1. Universiti Penyelidikan

Sejak tahun 2015, lima universiti di Malaysia telah dianugerahkan autonomi penuh oleh Kementerian Pengajian Tinggi: Universiti penyelidikan bertanggungjawab untuk secara aktif meneroka idea baru, bereksperimen dengan kaedah yang inovatif, dan mengambil inisiatif ilmiah dalam mencari dan mengembangkan pengetahuan. Nisbah siswazah dengan pascasiswazah bagi universiti penyelidikan adalah 50:50. Antara misi utama universiti penyelidikan adalah menghasilkan pemenang anugerah Nobel dan menyediakan dana ujikaji dari industri berkaitan.

2. Universiti Berfokus

Universiti berfokus adalah institusi yang memberi perhatian terhadap industri-industri khusus seperti kejuruteraan, pendidikan, pengurusan dan pertahanan. Nisbah siswazah dengan pascasiswazah bagi universiti berfokus adalah 50:50.

3. Universiti Komprehensif

Institusi yang dikenal sebagai universiti komprehensif menyediakan program dalam pelbagai bidang pengajian. Nisbah siswazah dengan pascasiswazah bagi universiti komprehensif adalah 70:30. *Calon mahasiswa yang memohon Ijazah Pertama dari USM, UiTM dan UM mestilah memohon langsung ke institusi berikut dan bukan melalui UPU. AS_BM_UPU_banner
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail