logo
logo

    Courses

    Institutions

2 syarat utama mohon UPU / BPKP

Afterschool Team

Afterschool Team

December 22, 2015





Sebenarnya tak susah pun untuk masuk U! 2 syarat utama mohon UPU atau BPKP - graduan universiti Pelajar Malaysia yang ingin masuk ke universiti awam haruslah memohon masuk atas talian melalui UPU / BPKP. Hanya ada dua syarat utama yang harus dipatuhi sebelum memohon:  

1. Warganegara Malaysia

2 syarat utama mohon UPU atau BPKP warganegara Malaysia Calon dengan status PR juga boleh memohon. Walaubagaimanapun, pelajar yang bukan warganegara Malaysia dengan kelayakan setaraf STPM boleh cuba untuk memohon langsung ke institusi pilihan anda.

2. Layak secara akademik

2 syarat utama mohon UPU atau BPKP - kutu buku dalam perpustakaan berdua Lepasan SPM Perlu mendapatkan minima 5 kredit termasuk dalam Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran Sejarah. Lepasan STPM Mestilah lulus SPM (atau setaraf) dengan PNGK minima 2.00 dan minima kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira, DAN
  • Gred C (PNGK 2.00) dalam Pengajian Am, dan Gred C (PNGK 2.00) dalam dua (2) subjek lain, ATAU
  • Lulus STPM dengan minima Gred C (PNGK 2.00) dalam tiga (3) matapelajaran termasuk Pengajian Am.
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku. Lepasan Matrikulasi / Asasi Mestilah lulus SPM (atau setaraf) dengan PNGK minima 2.00 dan minima kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira. Lulus Matrikulasi/Asasi dengan minima PNGK 2.00. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku. Lepasan STAM Mestilah lulus SPM (atau setaraf) dengan PNGK minima 2.00 dan minima kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira. Lulus dan mendapat sekurang-kurangnya taraf Jayyid dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Meraih sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysian University English Test (MUET). Lepasan Diploma Mestilah lulus SPM (atau setaraf) dengan PNGK minima 2.00 dan minima kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira. Memiliki Diploma atau kelayakan setaraf yang diakui oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh senat IPTA. Meraih sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysian University English Test (MUET).

SYARAT KHAS

Beberapa program di universiti awam seperti kursus perubatan ataupun undang-undang akan menyatakan syarat khas permohonan. Calon yang ingin memohon tempat di Universiti Awam perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan Permohonan Kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf. AS_BM_UPU_banner