12 ribu lepasan SPM/STPM pilih masa depan teknikal

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 05, 2016, 06:00 pm

Kira-kira 12,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di institusi pengajian tinggi (IPT) berasaskan kemahiran, menurut Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 (JPB 2016).

1

Pengerusi Jawatankuasa Induk JPB 2016, Tan Sri Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, sejak Mac, program itu telah memberi peluang kepada golongan bumiputera yang berkelayakan dan tercicir dalam akademik untuk melanjutkan pelajaran. “Sepanjang program jelajah ini dijalankan, hampir 12,000 orang berjaya ditempatkan di IPT dan angka itu akan bertambah. “Kita ada 35 lokasi lagi untuk dijelajah bagi mencari, mengesan dan membantu golongan bumiputera yang tercicir kerana miskin namun mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian program berkenaan di Institut Latihan Perindustrian di Rembau.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail