10 soalan lazim tentang Matrikulasi!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 02:24 pm

Ingin tahu tentang pelbagai perkara tentang Matrikulasi? Ini adalah 10 soalan lazim tentangnya, dan kami di Afterschool.my akan menjawab! matrik 1. Bilakah tarikh untuk semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi 2016/17 akan dikeluarkan? Tarikh untuk semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi akan dikeluarkan pada 14 April, 2016.   2. Apakah syarat minimum untuk ke Matrikulasi?
Sains Teknikal Perakaunan
  • C dalam Bahasa Melayu
  • C dalam Bahasa Inggeris
  • B dalam Matematik
  • C dalam Kimia
  • C dalam Matematik
Tambahan C Dalam mana-mana satu (1) yang berikut:
  • Fizik
  • Kimia
Lulus dalam Sejarah
  • C dalam Bahasa Melayu
  • C dalam Bahasa Inggeris
  • B dalam Matematik
  • C dalam Matematik Tambahan
  • C dalam Fizik
  • C PKA/PKE/PKM/TK
atau
  • B dalam Lukisan Kejuruteraan
  • E dalam Kimia
  • Lulus dalam Sejarah
  • C dalam Bahasa Melayu
  • C dalam Bahasa Inggeris
  • C dalam Matematik
C Dalam mana-mana dua (2) yang berikut:
  • P.Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Sains Tambahan
  • Peng. Keusahawanan
  • Sains
  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • PKA/PKE/PKM/TK/LK
E dalam Matematik Tambahan Lulus dalam Sejarah
3. Bagaimana untuk menyemak keputusan ke Matrikulasi? Sila layari ke laman web rasmi semakan tawaran ke Kolej Matrikulasi, atau boleh semak melalui SMS dengan cara: Program Matrikulasi KPM:
  • Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan ke 15888
  • Contoh : MOE MAT 980704085973
  4. Bolehkah pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM memohon jurusan Perakaunan (M003)? Buat masa ini pelajar wajib mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM bagi memohon jurusan Perakaunan, Sains dan Teknikal.   5. Bilakah pemohon boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM? Rayuan boleh dilakukan bermula 13 – 26 April 2016.   6. "Bolehkah saya memohon pertukaran kolej pengajian yang telah ditawarkan kepada saya?"
 Pelajar telah diberi peluang membuat tiga (3) pilihan kolej semasa mengisi borang permohonan. Walau bagaimanapun penempatan kolej tersebut tertakluk kepada kekosongan. Sehubungan dengan itu, calon tidak dibenarkan bertukar kolej.
  7. Bolehkah saya memohon pertukaran Jurusan/Aliran selepas mendapat tawaran?
  • Hanya pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan sahaja dibenarkan. Hantar surat rayuan kepada pengarah kolej.
  • Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains tidak dibenarkan.
  • Permohonan pertukaran modul boleh dibuat kepada pengarah kolej ditempatkan.
  • Pertukaran dari Aliran Teknikal kepada Jurusan Sains atau sebaliknya perlu disalurkan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.
  8. Bolehkah saya menukar ke Tingkatan Enam selepas saya dapat Matrikulasi? Pemohon hanya boleh dapat satu sahaja antara dua, sekiranya pemohon mendapat tempat ke Matrikulasi, secara tidak langsung peluang ke Tingkatan Enam telah terbatal.   9. Dengar kata masuk Matrikulasi dapat elaun, adakah ia benar? Dan jika ia benar, berapa boleh dapat? Para pelajar akan memperoleh RM250 satu bulan, atau RM1,250 satu semester (satu semester=lima bulan).   10. Berapa kadar yuran untuk memasuki Matrikulasi?  
Jurusan Program Satu Tahun (PST) Program Dua Tahun (PDT)
Sains RM580.00 RM580.00
Teknikal RM580.00 -
Perakaunan RM530.00 -
 
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail