10 Negara Rakyatnya Paling Ramai Berpendidikan, Malaysia di Tangga ke Berapa?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 10, 2021, 11:06 am

Setuju tak kalau dikatakan, pendidikan adalah penentu masa depan negara tapi zaman sekarang betul ke orang tak pandang taraf pendidikan, yang penting duit berkepuk-kepuk. Bodoh dan tak hensem pun no problem asalkan berduit. Macam Dato Dr Nazri Khan (DDNK) cakap, 'Tak hensem takpa janji kaya!'. 

Pendidikan memang penting untuk lahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi dan tak mudah ditipu terutamanya semasa memilih pemimpin yang mempunyai akal di kepala bukan di lutut. Negara mana yang berada di kedudukan 10 negara paling berpendidikan di dunia? Malaysia di tangga berapa eh?

via GIPHY

Ranking 10 negara paling berpendidikan di dunia dikeluarkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) berdasarkan tahap pendidikan golongan dewasa yang berumur antara 25-64 tahun di sesebuah negara iaitu jumlah peratusan penduduknya yang mempunyai tahap pendidikan di peringkat ijazah atau vokasional kemahiran selama 2 hingga ke 4 tahun. 

 

via GIPHY

 

10. Luxembourg

 

Salah sebuah negara terkecil dan terkaya di dunia. Dari segi pendidikan, 42.86 peratus populasi rakyatnya dikira sebagai berpendidikan seperti mana digariskan oleh OECD. Fakta menarik mengenai pendidikan di sana, guru dibayar dengan gaji yang paling tinggi berbanding negara-negara lain di seluruh dunia. Gaji permulaan sahaja lebih kurang 73,700 Euro bersamaan 15 ribu ringgit Malaysia. Wowww, Malaysia berapa starting gaji cikgu eh? Itu pun diherdik oleh netizen sebab dikatakan makan gaji buta musim-musim covid ni. 

 

via GIPHY

 

9. Norway

 

Dengan lebih kurang 5 juta penduduk, 43.02 peratus rakyatnya dikategorikan sebagai golongan dewasa yang berpendidikan. Kalau korang nak sambung belajar di luar negara tetapi kurang berkemampuan, Norway adalah jawapannya!. Norway memberi pendidikan percuma untuk semua pelajar termasuk pelajar antarabangsa dari seluruh dunia!. 

 

8. Finland

 

Finland adalah negara yang tak ada sistem peperiksaan tetapi mereka adalah salah sebuah negara yang dikatakan mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia. Malaysia amalkan sistem peperiksaan, patutkah menteri ubah dasar mansuhkan je? Menteri tolong jawab!. Menurut OECD, 43.60 peratus golongan dewasa di negara itu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan pendidikan adalah PERCUMA. 

 

Bagusnya di Finland ni, cikgu di sana dibayar gaji yang tinggi dan tidak terbeban seperti di Malaysia. Semua kerja buat, mengajar pun ya, mendidik jadi akhlak yang baik pun ya, kalau di sekolah rendah anak murid berak dalam seluar pun ya. Tapi di Finland baik cikgu atau pelajar masing-masing tidak terbeban dengan homework atau exam setiap bulan. Kalau di Malaysia, gaji tak tinggi pun hari-hari dikecam netizen sebab katanya cikgu tak buat kerja musim-musim covid ni. 

 

7. Australia

Berdasarkan kajian, Australia adalah negara yang rakyatnya lambat mati. Jangka hayat mereka baik lelaki atau perempuan adalah tinggi terutamanya di bandar- bandar utamanya iaitu sehingga umur 82 tahun. Kalau Malaysia 73 tahun sahaja wasalamu, kalau lebih dari 73 macam Tun Dr Mahathir tu dikira beruntung dan disebabkan oleh gaya hidup. 

 

via GIPHY

 

Dalam pendidikan, 43.74 peratus penduduk dewasanya dianggap sebagai golongan berpendidikan dan menurut data dari UNESCO Australia merupakan destinasi paling ramai rakyat Malaysia sambung belajar iaitu 15,653 orang. 

 

6. United States

 

Sapa tak kena US, negara yang memegang ekonomi terbesar dunia dan mempengaruhi ekonomi negara-negara lain, negara yang tidak mempunyai bahasa rasmi dan merupakan pusat hiburan dunia tetapi mereka masih termasuk dalam ranking negara berpendidikan tinggi dengan jumlah populasi pendidikan dewasa yang berpendidikan iaitu 45.67%. 

 

5. United Kingdom

 

Home to some of the top university termasuk Oxford dan Cambridge. Jadi tak hairanlah kalau UK termasuk dalam ranking ni. Menurut OECD, 45,96 % populasi pendidikan dewasa dikategorikan sebagai berpendidikan. UK adalah negara kedua yang jadi tumpuan rakyat Malaysia untuk sambung belajar selepas Australia iaitu 14,950 pelajar malaysia di UK. 

 

4. Korea Selatan

 

Anneyonhaseyo, peminat k-pop ke tu?. Haa jangan pandang sebelah mata, walaupun Korea Selatan dianggap negara yang penuh dengan hiburan tarian K-POP drama romantik nangis tak berkesudahan tetapi mereka berada di kedudukan ke-empat negara berpendidikan tinggi di dunia. 

 

46.86 % rakyat dewasa di negara Korea dikategorikan sebagai berpendidikan tinggi. Kerajaan Korea membelanjakan US$43.1 bilion untuk bajet pendidikan di negaranya. Malaysia berapa bajet pendidikan?

 

3. Israel

 

Negara yang mempunyai teknologi paling canggih, jumlah rakyat yang mempunyai pendidikan tahap degree yang tinggi dan hanya sekali sahaja peperiksaan diadakan sepanjang tahun. 49.90% rakyat dewasanya dikategorikan sebagai berpendidikan. Dikatakan juga disebalik kuasa besar dunia, ianya dipengaruhi oleh bayangan golongan berpengaruh di Israel. Betul ke? 

 

2. Jepun

 

Negara yang dahulunya dimalukan dan dihina di seluruh dunia kerana ingin menguasai dunia dengan menjajah negara-negara lain akhirnya di bom dengan dashyat sekali sehingga memberi kesan mendalam kepada rakyatnya.  Kita dulu pun dijajah oleh Jepun, bayangkan kalau masih dijajah, mungkinkah rakyat Malaysia akan semaju dan sepandai rakyat di Jepun?

 

 

Sekarang Jepun, lebih kepada buat hal sendiri dan mampu bangkit dari sejarah silam yang memang memberi pengajaran buat mereka. Pengajarannya apa? Jangan sibuk hal orang lah, last sekali kena bom!. Sekarang tengoklah di mana kedudukan mereka. Negara maju yang separuh daripada populasi rakyat dewasanya berpendidikan tinggi!.

 

1. Canada

 

Canada berada di kedudukan pertama dengan 56.27% iaitu lebih separuh rakyat dewasanya berpendidikan tinggi. Bak kata Perdana Menterinya, “We need education to enable people to learn, think and adapt,”. 

 

Fakta mengenai pendidikan di Canada, 60% pelajar antarabangsa memilih untuk memohon sebagai penduduk tetap semasa melanjutkan pengajian di sana dan populasi pelajar antarbangsa paling ramai adalah dari India dan diikuti oleh China. 

 

via GIPHY

 

Kesimpulannya guys, Malaysia di tangga berapa? Hilang dari radar berpusing pun masih belum tentu ketemu. Apa-apa pun, pendidikan tu penting untuk lahirkan masyarakat yang boleh berfikir dengan waras iaitu dengan meletakkan akal di kepala bukan di lutut. Untuk calon SPM tahun ni, masih belum terlambat untuk muat turun PERCUMA soalan ramalan SPM. Hidup ni jangan terlalu try hard, kena tahu how to be smart. Buat latihan sahaja dah boleh skor. Untuk download, klik link berikut : SOALAN RAMALAN SPM FEB 2021. Semoga berjaya!

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail