#MyDigitalMaker Virtual Fair 2020 Peluang Terbaik Teroka Ilmu Digital

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 06, 2020, 02:34 am

Penggunaan digital (internet) bukan lagi perkara yang asing dalam kehidupan seharian kita tanpa mengira lapisan masyarakat. Malah yang sudah berumur pun sangat pandai mengakses internet. Menerusi internet pelbagai perkara boleh dilakukan. Paling menarik ramai yang menjana pendapatan daripada penggunaan internet. 

Tahukah anda, antara manusia paling kaya di dunia adalah mereka yang menceburi perniagaan berkaitan digital seperti pemilik Apple, Microsoft, Amazon, Facebook, Alibaba Group dan banyak lagi. Mereka ini mengambil peluang dengan menjual produk dan perkhidmatan kepada pengguna yang melayari internet setiap hari. 

Di Malaysia, berdasarkan kajian paling terkini daripada Suruhanjaya Telekomunikasi Malaysia pada tahun 2018, seramai 87.4% rakyat Malaysia adalah pengguna internet dengan menjadikan keseluruhan jumlah pengguna adalah 28.7 juta. Pengguna paling ramai tentulah dalam kalangan mereka yang berumur 20-an, diikuti 30-an dan seterusnya. 

Kajian berkenaan juga turut menunjukkan jumlah masa yang diperuntukan oleh individu sehari selain perkara-perkara lain yang diakses atau dimuat naik oleh pengguna ke platform digital. Antaranya adalah melayari sosial media, memuat naik artikel sama ada di laman sesawang (website), social media seperti youtube, facebook, instagram, twitter dan lain-lain. Mereka inilah yang menjadi pelanggan utama syarikat-syarikat digital ini sehingga berjaya memperolehi keuntungan bertrilion dolar setiap tahun. 

Selain menjana keuntungan sendiri, syarikat-syarikat besar yang mencipta dan membina platform-platform internet ini turut memberi peluang kepada pengguna untuk menjana pendapatan sekaligus membuktikan peranan digital sebagai alat penjana keuntungan di masa hadapan.

Oleh itu, jika diberi pilihan adakah anda mahu menjadi pengguna yang memanfaatkan platform-platform internet yang dicipta oleh orang lain untuk menjana pendapatan seterusnya keuntungan atau menjadi mereka yang mencipta dan membina platform-platform tersebut seterusnya memperolehi keuntungan yang lebih baik?. 

Sudah tentu anda mahu tergolong dalam kalangan mereka yang membina platform-platform internet ini kan?. Jika ya, berita baik kerana anda boleh realisasikan impian tersebut dengan mengunjungi #MyDigitalMaker Virtual Fair 2020 bermula pada 5 Oktober sehingga 11 Oktober 2020

Pameran tersebut dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) iaitu institusi milik kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) selain mempromosikan penggunaan digital secara meluas di Malaysia. Pameran yang bertemakan ‘Digital Skills Today, Workplace of Tomorrow’ tersebut bertujuan untuk mendorong para belia di Malaysia untuk berkembang dari pengguna digital menjadi inovator digital (pencipta dan membina platform-platform digital) seterusnya membuka peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan.

Pelbagai pameran, webinar, bengkel, tutorial dan pertandingan maya yang menarik diadakan selain topik perbincangan dan aktiviti disusun bersesuaian dengan kumpulan umur yang berbeza. Bagi golongan muda, mereka boleh mendaftar ke bengkel seperti robotik untuk melihat pertandingan National Robotics League 2020.

Terdapat juga webinar untuk ibu bapa dan pendidik, antaranya bertajuk “Early Exposure to Digital Making” dan "The Classroom of the Future”. Paling menarik adalah siri webinar dikenali sebagai #KitaMalaysia, dengan memperlihatkan bakat digital lima orang rakyat Malaysia setiap hari.

Antara peserta #KitaMalaysia adalah Karan Singh, seorang budak pekak dan bisu yang menggunakan kemahiran reka bentuknya untuk membuat pemanjang topeng muka dengan menggunakan percetakan 3D untuk fabrikasi. Ciptaan tersebut adalah untuk membantu ayahnya memakai topeng dengan lebih selesa di atas serbannya.

Selain itu, MDEC memperkenalkan Achievement Board iaitu sistem yang membolehkan pengunjung sentiasa mengikuti perkembangan terkini sepanjang tujuh hari pameran diadakan. Cabaran harian diberikan kepada peserta dan mereka mesti menyelesaikan ke semuanya seterusnya berpeluang memenangi hadiah wang tunai AS $720 (RM3,000) dan banyak lagi hadiah digital yang lain.

Untuk maklumat penuh dan pendaftaran ke #MyDigitalMaker Virtual Fair 2020, anda boleh melayari laman rasmi hebahan mereka : https://mydigitalmakerfair.com/. Untuk info berkaitan teknologi baru, boleh ikuti mereka di Facebook, Twitter dan LinkedIn. #Afterschoolmy

#LetsBuildTogether #DigitalMalaysiaForward 

#mydigitalmakerMovement 

#MDeC 

#MyDigitalMakerVirtualFair2020

 #Talent #DigitalSkills

#Innovation #Students

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail