logo
logo

    Courses

    Institutions

"Gap Year"? Adakah Mahasiswa

Afterschool Team

Afterschool Team

January 23, 2017





Heboh satu negara mengenai program gap year yang akan dilaksanakan bermula pada tahun ini. Trafik laman rasmi kami juga terus mencanak naik seperti roket. Ramai yang membuat carian di sosial media dan sebagainya untuk mengetahui program apa pula yang akan dilaksanakan oleh kerajaan ini. Selain ramai yang baru mengetahuinya setelah menonton program siaran langsung Transformasi Nasional 50 (TN50) iaitu program bual bicara bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dimana, seorang pelajar Universiti Malaya menyambut baik usaha kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPT) untuk melaksanakan program gap year. Namun, jika anda masih tidak tahu apa itu gap year?. Anda boleh klik di sini untuk menonton siaran ulangan program itu di Youtube supaya tidak dikatakan katak di bawah tempurung.

Setakat ini, seperti mana yang dimaklumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, 8 universiti sudah bersetuju untuk melaksanakan program itu di universiti masing-masing. Lapan (8) universiti itu termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sekiranya anda membaca artikel sebelum ini, anda pastinya sudah mengetahui bahawa, sekiranya mahasiswa memohon untuk mengikuti program itu, mereka boleh merancang sendiri aktiviti sepanjang "tempoh rehat" itu. Walau bagaimanapun, pernahkah anda terfikir apakah kebaikan dan keburukan program gap year ini?. Berbaloi atau pun sebaliknya jika anda sebagai mahasiswa mengikuti program ini. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda pro dan kontra program gap year.

Pengalaman Kerja

Tahukah anda, majoriti majikan menawarkan pekerjaan kepada pekerja yang mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman. Sekiranya anda tidak percaya dengan hakikat ini, anda boleh log masuk ke Jobstreet iaitu laman carian pekerjaan paling popular di Malaysia, dan rujuk kepada syarat kelayakan permohonan pekerjaan mengikut bidang pengajian anda. Dari situ, barulah anda akan percaya fakta sebenar. Anda sudah menyemak?.

Jika ya, cuba anda berfikir sejenak, sekiranya anda menamatkan pengajian hanya dengan berbekalkan sijil ijazah sahaja adakah anda yakin akan memperolehi pekerjaan dalam tempoh yang singkat atau memperolehi pekerjaan yang menawarkan gaji seperti mana mengikut kelayakan akademik anda?. Kami tinggalkan persoalan itu kerana ianya mengikut pandangan peribadi individu.

Namun sekiranya anda memohon untuk mengikuti program ini, peluang anda dilihat sangat cerah untuk memperolehi pekerjaan dalam masa yang singkat selain tawaran gaji mengikut kelayakan dan ditambah pula pengalaman anda. Walau bagaimanapun, jangan sekadar berangan sahaja, pastikan "tempoh rehat" yang diberikan digunakan sepenuhnya. Misalnya, anda mengikut pengajian perakaunan dan memilih mencari mana-mana syarikat yang menawarkan akauntan sambilan. Jika sepanjang tempoh pekerjaan itu, anda menunjukkan prestasi yang baik, kemungkinan majikan anda berminat untuk menawarkan pekerjaan setelah menamatkan pengajian kelak.

Mengikuti Program Kemahiran

Satu soalan yang ingin kami ajukan kepada anda, graduan dari institusi kemahiran atau graduan daripada universiti yang belajar mengenai teori tanpa praktikal yang memperolehi pekerjaan dahulu?. J

ika anda mempunyai jawapan kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Anda mempunyai jawapan? (kongsikan di ruangan komen nanti).

Cuba anda bayangkan jika anda adalah seorang graduan universiti. Anda berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran tertentu. Kemudian anda menghadiri temu duga dan pesaing anda adalah graduan lulusan kemahiran yang kurang cemerlang dalam akademik tetapi mempunyai kemahiran. Pada pendapat anda siapakah yang akan terpilih?.