Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 10, 2016, 10:13 am

Program ini merupakan kursus persediaan untuk pelajar menyertai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Kenapa pilih kursus ini

Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru di sekolah-sekolah kerajaan bolehlah memohon PPISMP. PISMP adalah sambungan program PPISMP yang memberi pelajar kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sebaik sahaja mereka tamat pengajian. Langkah ini dilakukan untuk melatih pelajar menjadi guru berkualiti di sekolah rendah. Calon terpilih akan menuntut di salah satu Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Syarat masuk

SPM

Mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam tiga subjek berikut: - Bahasa Malaysia - Sejarah - Lulus Bahasa Inggeris - Satu subjek lain
  • Pemilihan calon untuk memasuki profesyen perguruan adalah bergantung pada pencapaian markah merit akademik, prestasi sewaktu temuduga dan keputusan peperiksaan INSAK.
  • Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pendidikan berhak untuk menawarkan program selain yang dimohon dan menempatkan calon di mana-mana Institut Pendidikan Guru.

Pilihan matapelajaran

Di peringkat IPG

Berikut merupakan bidang pengajian yang ditawarkan dalam program ini. Permohonan untuk program SK, SJKC dan SJKT boleh dilakukan menggunakan borang permohonan yang sama. Sekolah Kebangsaan (SK): Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Bahasa Tamil Bahasa Cina Bahasa Arab Bahasa Kadazan Dusun Bahasa Iban Pendidikan Khas Pendidikan Islam Pendidikan Jasmani Pendidikan Seni Visual Sejarah Pendidikan Muzik Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC): - Bahasa Malaysia - Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua - Matematik - Sains - Pendidikan Khas - Seni Reka dan Teknologi - Pendidikan Seni Visual - Kaunseling - Sejarah - Muzik Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT): - Bahasa Malaysia - Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua - Matematik - Sains - Pendidikan Khas - Seni Reka dan Teknologi - Pendidikan Seni Visual - Kaunseling - Sejarah - Muzik

Cara daftar

  • Kemasukan ke program ini disiarkan dalam surat khabar tempatan setiap tahun.
  • Permohonan ke program PPISM boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my.
  • Pemohon perlu mendapatkan maklumat mengenai pengkhususan, syarat kemasukan dan kalendar akademik sebelum memohon. Hanya SATU permohonan dibenarkan untuk setiap pemohon. Permohonan yang tidak lengkap ataupun mengandungi maklumat palsu tidak akan diterima.
  • Calon yang dipanggil untuk temuduga perlu menduduki peperiksaan Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK).
  • Calon haruslah menanggung sendiri segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya hanya akan diberikan semasa calon melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang telah ditetapkan.

Jenis personaliti

Kod-kod jenis personaliti ini ialah sekadar panduan. Amalkan berunding dengan kaunselor sekolah anda untuk mendapat nasihat lebih lanjut.

Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ

  • Jenis-jenis personaliti ini berkongsi Kecenderungan Cara Berfikir (Thinking preference), atau kecenderungan dalam membuat keputusan berbanding menggunakan nilai peribadi.
  • Ketahui personaliti Myers-Briggs anda di laman web ini.

Holland Vocational Code: SAI (Social, Artistic, Investigative)

Info kerjaya

Sejurus selepas tamat pengajian, para pelajar akan terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan dan dihantar posting ke sekolah-sekolah kerajaan di seluruh Malaysia.

Gaji

Tarif gaji bagi guru baru mulai 1 Januari 2014 adalah seperti berikut. DG29 - DG38 merujuk kepada guru-guru yang mempunyai kelayakan diploma manakala DG41 - DG54 merujuk kepada guru-guru yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda.

Tangga gaji terkini: DG29 – DG38: RM 1,588.45 hingga RM 5,810.14 DG41 – DG54: RM 1,916.61 hingga RM 8,612.34

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail