Program "Gap Year" Bakal Dilaksanakan Tahun Ini Melibatkan 8 Universiti Awam

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 18, 2017, 07:27 pm

Apa itu Gap Year? Program Gap Year merupakan program yang dilaksanakan buat pertama kalinya di United Kingdom pada tahun 1970. Gap year boleh dikatakan sebagai pemberian "tempoh rehat" iaitu selama 7 hingga 8 bulan kepada pelajar selepas peperiksaan akhir dan sebelum bermulanya tahun pengajian seterusnya. Tujuan pelaksanaan program itu di UK pada awalnya adalah untuk memastikan pelajar mendapat rehat yang secukupnya sebelum bermulanya tahun pengajian seterusnya.

 

1

 

Dengan tempoh gap year yang panjang ini, pelajar di UK mempunyai masa yang cukup untuk menimba pengalaman sama ada pengalaman kerja, menjadi sukarelawan, melancong atau apa sahaja yang boleh mendatangkan manfaat kepada mereka. Selepas kembali semula daripada cuti panjang tersebut, majoriti dalam kalangan mereka dilihat lebih berfikiran matang, berdikari sekali gus dilihat memberi nilai tambah sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar kelak.

 

Canada-outdoor-2-940x554

 

Melihat kepada manfaat tersebut, negara kita turut mahu melaksanakan program gap year ini. Cadangan pelaksanaan ini telah disahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. Jika di UK tempoh "cuti panjang" ini 7 hingga 8 bulan, di Malaysia ianya dijangka selama setahun. Setakat ini, 8 universiti sudah mengesahkan untuk melaksanakan program gap year ini iaitu Universiti kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknlogi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM). Walau bagaimanapun, mahasiswa di universiti yang terlibat perlu menamatkan dahulu pengajian pada tahun pertama. Maka, hanya pelajar pada tahun kedua dan ketiga sahaja yang terlibat dalam program gap year ini.

 

idrisjusoh111114tminazirsufari01

 

Di Malaysia, konsep dan tujuannya adalah sama iaitu pelajar boleh memilih untuk menentukan sendiri apakah yang ingin dilakukan oleh mereka. Walau bagaimanapun, kerajaan mengalakkan pelajar mendaftarkan nama mereka untuk menyertai khidmat sukarelawan sama ada dalam atau luar negara misalnya menjadi tenaga pengajar di kem pelarian di luar negara selain menyertai kerja sukarela bersama pihak polis, imigresen dan kastam dan sebagainya. Ini adalah salah satu cara untuk mematangkan fikiran mahasiswa dan menambah pengetahuan sekali gus bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

 

g81lcak

 

IMG-20141124-WA0020

 

Oleh itu, kepada anda yang bakal atau sudah bergelar mahasiswa di universiti berkenaan, inilah peluang anda untuk memanfaatkan gap year dengan aktiviti yang berfaedah yang tentunya akan memberi nilai tambah kepada anda kelak. Sebagai cadangan, apa kata anda memanfaatkan "tempoh rehat" itu dengan mengikuti program kemahiran?. Anda tentu tidak akan rugi kerana industri hari ini memerlukan pekerja yang berkemahiran. Tanpa kemahiran tertentu sukar untuk anda memperolehi pekerjaan. Jika di universiti anda hanya belajar mengenai teori selain sibuk dengan kuliah, tugasan dan sebagainya. Kini ada berpeluang untuk memperolehi ilmu dua dalam satu iaitu ilmu kemahiran dan ilmu teori. Bagus bukan?

 

DSC00642

 

ASE0005

 

Cuba anda lihat sekarang berapa ramai siswazah lepasan universiti yang menganggur?. Tetapi jarang sekali kita mendengar pelajar lepasan kemahiran menganggur. Ini kerana, jika mereka tidak memohon pekerjaan mereka sendiri yang menjadi majikan. Oleh itu, inilah masanya untuk anda menimba ilmu kemahiran. Anda tentunya akan menjadi pilihan majikan sekiranya anda mempunyai kemahiran atau selepas menamatkan pengajian kelak anda boleh membuka menjalankan perniagaan sendiri mengikut kemahiran yang dimiliki.

 

belia-kuasai-kemahiran

 

IMG_2740

 

Bagi anda yang mungkin berminat dengan cadangan kami, di sini kami kongsikan institusi kemahiran yang menyediakan latihan kemahiran kepada anda antaranya adalah Institusi Latihan Perindustrian, KEMAS, Giat Mara, Jabatan Pembangunan Manusia, Pusat Latihan pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), kursus kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan (Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Akademik Kemahiran Belia Golf) dan banyak lagi. Klik pada pautan berwarna biru untuk melihat kursus apa yang ditawarkan, tempoh latihan, syarat kelayakan dan sebagainya.

 

IMG_4669

 

Walau apa sahaja rancangan untuk memenuhi masa sepanjang gap year tersebut, pastikan ianya benar-benar memberi manfaat agar masa yang diberikan tidak terluang begitu sahaja. Sekiranya anda berniat untuk melancong, kami cadangkan anda ke tempat-tempat bersejarah di mana anda boleh belajar sesuatu dan boleh dijadikan pengalaman berguna dalam hidup anda. Selamat bergap year!

 

Taman-Nasional-Swiss

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail