Panduan Terjemahan Sijil & Pengesahan Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 09, 2018, 10:04 am

Lembaga Peperiksaan (LP) menyediakan perkhidmatan terjemahan keputusan peperiksaan dan pengesahan salinan keputusan SPM. Kepada anda yang ingin menterjemah sijil berkenaan sama ada untuk tujuan melanjutkan pengajian atau memohon pekerjaan atau sebagainya, anda boleh ikuti panduan yang kami kongsikan dibawah :

TERJEMAHAN KEPUTUSAN

 

  • Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/ Pin1/96b yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Sijil LP di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya atau dimuat turun borang berkenaan dengan KLIK DISINI.

  • Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan sijil/pernyataan keputusan peperiksaan dan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Terjemahan Keputusan Peperiksaan. 

  • Pemohon PERLU menunjukkan Sijil/Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang asal atau salinan Sijil/ Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang telah disahkan bagi setiap permohonan terjemahan keputusan peperiksaan. 

  • Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta Sijil/ Pernyataan Keputusan Peperiksaan dan salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. KLIK DISINIuntuk muat turun surat pelantikan wakil.

  • Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan. 

  • Bayaran proses sebanyak RM10.00 (Ringgit: Sepuluh sahaja) dikenakan bagi setiap salinan terjemahan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter LP. 

  • Permohonan melalui pos hendaklah disertakan bersama-sama salinan kad pengenalan pemohon dan salinan Sijil/Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang telah disahkan untuk verifikasi. 
  • Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau Kiriman Wang secukupnya atas nama ‘Pengarah Peperiksaan’. Cek persendirian tidak diterima. Permohonan melalui pos hendaklah dihantar ke alamat berikut:

PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 ARAS 11, BLOK E11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

(u.p.: SEKTOR PEMBANGUNAN DASAR DAN PERKEMBANGAN) 

  • Pemohon digalakkan menyertakan sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran terjemahan salinan keputusan peperiksaan.

PENGESAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

  • Permohonan perlu dibuat secara bertulis kepada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan dalam format surat rasmi.

  • Permohonan pengesahan keputusan peperiksaan dari orang perseorangan, agensi kerajaan dan swasta atau mana-mana pihak lain dikenakan bayaran proses sebanyak RM50.00 (Ringgit: Lima Puluh Sahaja) bagi setiap calon. 

  • Setiap permohonan perlu dilampirkan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan. 

  • Permohonan boleh dibuat melalui Kaunter Urusan Perkhidmatan LP. Bayaran proses secara tunai diterima di kaunter. 

  • Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau Kiriman Wang secukupnya atas nama ‘Pengarah Peperiksaan’. Cek persendirian tidak diterima. Permohonan melalui pos hendaklah dihantar ke alamat berikut: 

PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 ARAS 11, BLOK E11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

(u.p.: SEKTOR PEMBANGUNAN DASAR DAN PERKEMBANGAN)

  • Permohonan Pengesahan Keputusan Peperiksaan akan dijawab melalui surat rasmi kepada pemohon.

  • LP hanya menyediakan perkhidmatan pengesahan Sijil / Pernyataan / Terjemahan Keputusan Peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP sahaja.

Diharapkan perkongsian ini membantu anda yang ingin menterjemah sijil atau membuat pegesahan.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail