Info yang Anda Perlu Tahu dalam Soal Jawab Kad Diskaun Siswa (KADS1M)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 24, 2017, 02:10 pm

PERHATIAN :

KEPADA PEMOHON YANG MEMPUNYAI KADS1M, SEMAKAN KADS1M BOLEH DIBUAT MELALUI ATM ATAU SEMAKAN ONLINE https://www.bankrakyat.com.my/bppt/semak

KEPADA PEMOHON BARU, SISTEM PERMOHONAN TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 31 OGOS 2018. KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK KEMUKAKAN PERMOHONAN http://www.bankrakyat.com.my/bppt.

 

Apakah tujuan KADS1M diwujudkan?

 

  • KADS1M diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
  • Inisiatif ini dilaksanakan bertitik tolak daripada cadangan yang telah dibentangkan oleh siswa dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November 2011 yang lalu.
  • Melalui KADS1M, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian

   

Siapakah yang layak mendapat KADS1M?

 

  • Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M.
  • Terpakai bagi pelajar-pelajar IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian / Agensi lain yang berkaitan.

 

Berapakah berapakah bayaran yang dikenakan bagi mendapatkan KADS1M?

 

  • KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia
  • Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan kad gantian / kad yang hilang.

 

Bagaimanakah pelajar boleh mendapatkan KADS1M dan berapakah bayaran yang dikenakan?

 

  • Bermula tahun ini, pelajar perlu membuat permohonan di laman rasmi permohonan KADS1M (anda yang belum memohon klik disini untuk permohonan).
  • Selesai memohon pelajar akan menerima emel pengesahan permohonan telah berjaya direkodkan.
  • Untuk mengetahui sama ada KADS1M diluluskan atau sebaliknya, anda akan menerima emel kelulusan untuk pergi mengambil di cawangan Bank Rakyat mengikut pilihan semasa permohonan dibuat.
  • Carta alir penyaluran KADS1M ialah seperti berikut:

 

Bolehkah pelajar mendaftar di cawangan Bank Rakyat lain tetapi ingin mengambil KADS1M di cawangan yang lain?   
  • Boleh, pelajar boleh mengambil Kads1m masing-masaing di mana-mana cawangan BSN. 

Bagaimanakah pelajar boleh menggunakan KADS1M?

 

  • Pelajar hanya perlu menunjukkan KADS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapat diskaun di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian.
  • KADS1M merupakan flash card dan bukan kad yang menawarkan mata ganjaran.Tempoh sah (validity) KADS1M ialah semasa tempoh pengajian pelajar sahaja.

 

Apakah syarikat yang menawarkan diskaun, berapakah kadar diskaun dan syarat-syarat yang dikenakan?

 

 

Apakah faedah yang diperolehi oleh syarikat yang menyertai KADS1M dan bagaimanakah syarikat lain yang berminat boleh menyertai KADS1M?

 

  • Penyertaan syarikat adalah di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat / Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat masing-masing.
  • Kerajaan tidak menanggung sebarang perbelanjaan berkaitan penyertaan syarikat dalam inisiatif KADS1M
  • Syarikat yang menyertai KADS1M akan dilibatkan dalam program / acara promosi bersesuaian yang dijalankan oleh KDPNKK dan Bank Rakyat berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Berapa lamakah tempoh KADS1M ini boleh digunakan oleh pelajar? 

  • Tempoh KADS1M boleh digunakan adalah 3 tahun sahaja  

Bagaimanakah syarikat-syarikat lain yang berminat boleh menyertai KADS1M?

  • Syarikat yang berminat untuk menyertai KADS1M perlu melengkapkan borang permohonan dan mengembalikannya kepada sekretariat KADS1M bagi proses selanjutnya
  • Carta alir penyertaan syarikat ialah seperti berikut:

Berapakah lamakah tempoh KADS1M diproses sebelum boleh pergi mengambilnya di Bank Rakyat?
  • Pihak Bank Rakyat menyatakan tiada tempoh diletakkan, pelajar perlu menerima maklum balas terlebih dahulu yang menyatakan KADS1M telah tersedia. Barulah boleh pergi menuntut di mana-mana cawangan Bank Rakyat.
 

Semoga perkongsian ini membantu!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail