logo
logo

    Courses

    Institutions

Biasiswa JPA kembali lagi!

Afterschool

Afterschool

February 1, 2016





Najib berkata 20 pelajar terbaik SPM 2015 akan menerima biasiswa JPA kembali untuk belajar di mana sahaja di seluruh dunia. najib2 Kredit: bm.selangorku.com Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dikembalikan untuk pelajar cemerlang pada Pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya. Sementara itu, hanya 200 orang pelajar yang ingin menyambung pelajaran di luar negara dalam bidang kejuruteraan di Jepun, Korea Selatan, Jerman dan Perancis akan menerima bantuan biasiswa tersebut. Biasiswa juga akan diberi kepada 744 orang yang mahu melanjutkan pelajaran di dalam negara, kata beliau lagi. Program Bursari JPA terbuka kepada semua pelajar yang tamat pengajian pra-universiti (STPM dan A-Level) sementara Program Biasiswa JPA terbuka kepada pelajar lepasan SPM. Najib turut menegaskan bahawa biasiswa ini juga untuk 8,000 pelajar ijazah sarjana muda di universiti tempatan. Menurut beliau lagi, program lain seperti Program Mybrain15 untuk pelajar lepasan ijazah di universiti tempatan, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA akan diteruskan. Najib turut mengumumkan sejumlah RM5 billion akan diperuntukkan untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tahun ini.  
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background