logo
logo

    Courses

    Institutions

Taylor’s College Raih Anugerah Platinum ACCA: Penanda Aras Kecemerlangan Pendidikan

Afterschool

Afterschool

December 17, 2024

Taylor’s College kini berstatus ACCA Platinum Approved Learning Partner, pengiktirafan tertinggi ACCA Global. Kejayaan ini membuktikan komitmen Taylor’s dalam menyediakan program ACCA bertaraf dunia dan melahirkan pemimpin perakaunan masa depan.





Key Takeways
  • Pengiktirafan Tertinggi: Taylor’s College menerima status Platinum oleh ACCA Global, pengiktirafan tertinggi dalam pendidikan ACCA.
  • Akses Eksklusif: Pelajar Taylor’s College mendapat kelebihan dengan akses kepada sumber profesional dan rangkaian global ACCA.
  • Rekod Cemerlang: Pelajar Taylor’s telah mencapai markah tertinggi di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan ACCA, termasuk subjek seperti Audit dan Management Information.
  • Kejayaan ASEAN: Pasukan Taylor’s memenangi ASEAN Accounting Competency Challenge 2022 dan mendapat tempat ketiga dalam 2024 IMA AsiaPac Student Case Competition.
  • Peranan Nasional: Pengiktirafan ini memperkukuh peranan Taylor’s College dalam menyokong aspirasi negara melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.

 


Andrew Lim, Ketua Portfolio ACCA Maritim Asia Tenggara, menyampaikan Anugerah Platinum ACCA kepada Josephine Tan, Pengarah Kampus Taylor’s College.

Taylor’s College telah diiktiraf sebagai ACCA Platinum Approved Learning Partner, yang merupakan pengiktirafan tertinggi oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) Global. Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan reputasi Taylor’s sebagai institusi yang menawarkan program ACCA bertaraf dunia, tetapi juga menyerlahkan komitmen mereka dalam melahirkan pemimpin masa depan dalam bidang perakaunan.

Dengan status Platinum ini, pelajar Taylor’s College dapat menikmati akses eksklusif kepada sumber pembangunan profesional dan rangkaian global ACCA. Keistimewaan ini dapat membantu meningkatkan prospek kerjaya mereka dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan industri yang penting.

Pengiktirafan ini juga mencerminkan komitmen Taylor’s College dalam merangka program yang selaras dengan standard industri dan keperluan profesional yang sentiasa berkembang, disokong oleh pandangan pakar daripada Panel Penasihat Industri mereka.

Bagi meraikan kejayaan ini, Taylor’s College menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan ACCA dan memperkenalkan laluan dwi-aungerah untuk pelajar Diploma Perniagaan serta inisiatif baharu seperti Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Pelajar Taylor’s College mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan ACCA di peringkat kebangsaan dan global. Pada tahun 2020, seorang pelajar telah memenangi tempat pertama dalam Foundations in Audit, memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan ketiga di seluruh dunia. Pada tahun 2021, kejayaan ini diulangi dengan markah tertinggi di Malaysia dan dunia untuk subjek yang sama. Pada tahun 2022, pelajar Taylor’s mencapai markah tertinggi di Malaysia untuk Audit and Assurance dan Maintaining Financial Records, dengan kedudukan kelima dan kedua dalam peringkat global. Pada tahun 2023, Taylor’s College mencatatkan markah tertinggi di Malaysia dan kedua dalam dunia untuk Recording Financial Transactions. Tahun ini, tradisi kecemerlangan ini diteruskan dengan markah tertinggi di Malaysia dan kedua dalam dunia bagi Management Information.

Pelajar Taylor’s juga cemerlang dalam pertandingan di peringkat ASEAN. Pada tahun 2022, mereka telah memenangi ASEAN Accounting Competency Challenge dan meraih tempat ketiga dalam 2024 Institute of Management Accountants AsiaPac Student Case Competition.

Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kedudukan Taylor’s College sebagai pilihan utama untuk pendidikan perakaunan di Malaysia, serta memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi negara untuk melahrikan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.  

news images
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background