Semak Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Secara Online!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 28, 2017, 11:58 am

PERHATIAN :

KEPADA PEMOHON YANG MEMPUNYAI KADS1M, SEMAKAN KADS1M BOLEH DIBUAT MELALUI ATM ATAU SEMAKAN ONLINE https://www.bankrakyat.com.my/bppt/semak

KEPADA PEMOHON BARU, SISTEM PERMOHONAN TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 31 OGOS 2018. KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK KEMUKAKAN PERMOHONAN http://www.bankrakyat.com.my/bppt.

 

Ramai yang marah nampaknya, Bank Rakyat yang buat kerja lambat nak salahkan pelajar pula tidak pergi menuntutnya. Perkongsian kami dalam artikel yang terdahulu : Senarai Kedai Barangan & Perkhidmatan yang Boleh Menggunakan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M).

 

 

Perkongsian tersebut berikutan hebahan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengenai isu masih ramai pelajar yang tidak pergi menuntutnya walaupun telah menerima emel. Jika anda bukan dalam kalangan yang dah terima emel tetapi masih belum mengambilnya, jangan pula nak sentap lelebih ye.

    

Anda yang telah memohon dan masih tidak menerima sebarang emel, anda boleh cuba cara kedua dengan menyemak secara atas talian dengan klik disiniSISTEM SEMAKAN KADS1M. Berdasarkan hebahan melalui twitter rasmi Bank rakyat permohonan dilanjutkan sehingga 30 September 2017.

    

Jika status masih diproses, boleh hubungi pihak Bank Rakyat dan tanya dahulu berapa lama tempoh memproses kad tersebut. Jika permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima emel dan boleh pergi mengambil KADS1M anda pada hari dan waktu berikut :

 

 

Jika anda ada sebarang persoalan mengenai KADS1M ini, anda boleh klik disini dan rujuk pada soal jawab mengenai KADS1M. Mungkin persoalan anda ada dalam soal jawab tersebut.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail