Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 10, 2016, 04:35 pm
Ramai pelajar yang mungkin hanya melihat biasiswa yang ditawarkan, tetapi ada juga sumber kewangan yang lain seperti dermasiswa dan pinjaman pendidikan. Afterschool.my membandingkan ketiga-tiga sumber kewangan untuk pelajar pengajian tinggi ini.
Biasiswa | Dermasiswa | Pinjaman |
---|---|---|
Biasiswa bukanlah "wang percuma" yang diberikan kepada pelajar, kerana ia adalah cara syarikat atau sesuatu badan mencari bakal graduan yang bakal bekerja di syarikat atau badan tersebut. | Dermasiswa (sponsorship) adalah dalam bentuk pemberian secara "one-go" biasanya hanya dengan satu syarat utama - pemberian akan diberhentikan sekiranya pelajar gagal dalam pengajian. | Pinjaman perlu dibayar semula. |
Jumlah penajaan yang merangkumi keseluruhan kos seperti yuran pengajian, sara hidup, tiket penerbangan dan kos pembelian buku. | Dermasiswa tidak mensyaratkan pelajar selepas tamat belajar untuk berkerja dengan syarikat atau organisasi yang memberikan dermasiswa. Dermasiswa biasanya datang daripada duit yang memang diperuntukkan khas untuk pelajar, seperti zakat (dalam asnaf fisabilillah). | Tiada ikatan atau bonding untuk para lepasan graduan mesti berkerja di mana-mana organisasi yang berkait dengan pemberi pinjaman. |
Nilai bergantung kepada pemberi biasiswa. | Jumlah dermasiswa tidaklah sebanyak biasiswa kerana tidak didatangkan dengan kontrak atau bonding selepas tamat belajar. | Graduan bebas untuk memohon dan memilih untuk berkerja di mana-mana organisasi. |
Pelajar juga perlu mengekalkan pencapaian akademik yang baik, contohnya dengan mengekalkan CGPA 3.00 setiap semester atau biasiswa untuk semester berikutnya akan digantung atau dipotong. | Bagi pemberi dermasiswa, risiko mereka tidak besar kerana pemberian dermasiswa boleh terus dihentikan jika pelajar gagal dalam pengajian dan jumlahnya tidak banyak. | Syarat pinjaman lebih mudah berbanding biasiswa. |
Ikatan (bonding) - ada penaja yang mensyaratkan penerima untuk melaporkan diri di pejabat pemberi biasiswa pada setiap kali cuti semester untuk intern (praktikal) selain daripada bonding (ikatan) di mana pelajar yang menerima biasiswa wajib berkerja untuk tempoh tertentu. | Pemberi dermasiswa ini biasanya organisasi seperti Majlis Ugama Islam Selangor yang berkerjasama dengan Pusat Zakat Selangor yang memberikan dermasiswa. | Tidak ada jaminan peluang pekerjaan seperti biasiswa. |
Kegagalan untuk mengekalkan pencapaian akademik menyukarkan diri pada masa hadapan. | PTPTN memberikan pengecualian bayaran balik pinjaman dan bukannya biasiswa jika pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. | |
Perlu mencari syarikat/badan penaja biasiswa dengan bidangnya untuk memudahkan kamu mencari tempat latihan industri dan seterusnya bekerja. |
Artikel ini dirumuskan dari pendapat Kaunselor Halatuju.
Perlukan
bantuan?