logo

Program Biasiswa Khas JPA-MARA

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda,Pra-Universiti

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2021. 

Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2021 merupakan penajaan kepada pelajar Bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2020 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. 

Program ini terdiri daripada empat sub program seperti berikut: 

  • (i) Program Akademik Jepun; 
  • (ii) Program Berkembar New Zealand; 
  • (iii) Program Akademik United Kingdom; dan 
  • (iv) Program Akademik Amerika Syarikat.
Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Syarat Umum

  • (i) Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • (ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
  • (iii) Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • (iv) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  • (v) Menduduki peperiksaan SPM 2020 buat kali pertama; dan
  • (vi) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  • Untuk semak syarat penuh untuk setiap program pengajian di keempat-empat buat negara sila KLIK DISINI.


Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut: 

  • (i) Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  •  (ii) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian; 
  • (iii) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan 
  • (iv) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Untuk info penuh biasiswa sila KLIK DISINI.

Disiplin

Bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. Untuk semak bidang pengajian secara detail boleh KLIK DISINI.

Cara memohon Program Biasiswa Khas JPA-MARA

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my selama empat belas (14) hari mulai 10 Jun 2021 sehingga 23 Jun 2021. Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. 


  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini dan meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.


  • 10 Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA MARA Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.


  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Jun 2021 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 10 Jun 2021 sehingga 23 Jun 2021). 

Sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 10.00-11.00 pagi dan 3.00-4.00 petang (hari bekerja sahaja) di pautan meet.google.com/jchhhrt-ecy.


Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail