logo

Biasiswa Young Talent Development Programme (YTP) MARA

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia/Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda,Pra-Universiti

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2021 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Syarat-syarat umum permohonan Program YTP seperti di bawah:

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 buat kali pertama.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.


Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Enam (6) A- bagi keputusan peperiksaan SPM 2021. Perincian syarat kelayakan penawaran Program YTP boleh dirujuk dalam senarai kursus dan syarat kelayakan program.

Disiplin

Untuk semakan jurusan dan bidang pengajian sila klik : Syarat kelayakan dan bidang pengajian

Cara memohon Biasiswa Young Talent Development Programme (YTP) MARA

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA http://www.mara.gov.my apabila permohonan dibuka. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan. Permohonan dibuka selama 11 hari mulai 17 Jun (Jumaat) jam 10.00 pagi hingga 27 Jun 2022 (Isnin) jam 12.00 tengahari.

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim yang disediakan atau emelkan kepada [email protected]

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail