logo

Biasiswa TNB Prime Scholarship

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia/Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda,Pra-Universiti

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Komitmen Yayasan Tenaga Nasional untuk membangunkan individu cemerlang telah dibuktikan melalui program tajaan biasiswa dalam pengajian tinggi sejak 1993. Lebih RM1.3 bilion telah disumbangkan dan lebih 20,000 bantuan pendidikan telah dianugerahkan kepada pelajar cemerlang sebelum ini.


YTN menggalakkan pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa TNB PRIME untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Luar Negara atau UNITEN bagi Ambilan Jun 2022.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Syarat Umum

  • Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
  • Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan
  • yang tinggi.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak
  • memohon.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja
  • atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.

TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di Luar Negara :

  • Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum Level B1 dalam Bahasa Inggeris
  • (CEFR) dan memperolehi minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian yang
  • akan ditawarkan.

TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di UNITEN :

  • Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris dan
  • Matematik dan memperolehi minimum A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian
  • yang akan ditawarkan.

 Maklumat lanjut untuk setiap tawaran, boleh juga lihat di sini.

Disiplin

TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di Luar Negara Pengambilan 2022: 

  • Kejuruteraan (Elektrik Kuasa) 
  • Kejuruteraan (Renewable Energy) 
  • Kejuruteraan (Kimia)
  • Data Sains

TNB Prime Scholarship (Biasiswa) di UNITEN Pengambilan 2022: 

  • Kejuruteraan (Elektrik Kuasa) 
  • Sains Komputer 
  • Pemasaran
  •  Sumber Manusia/ Keusahawanan



Cara memohon Biasiswa TNB Prime Scholarship

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Permohonan dibuat secara dalam talian
  • Calon akan disenarai pendek
  • Calon yang disenarai pendek sahaja perlu memuatnaik dokumen sokongan di portal permohonan YTN
  • Calon ditemuduga secara bersemuka atau secara dalam talian
  • Pemakluman keputusan calon berjaya yang mendapat tawaran tajaan YTN
  • Pengesahan penerimaan tawaran tajaan oleh calon berjaya di portal permohonan YTN
  • Calon berjaya perlu memuat turun Surat Tawaran Tajaan YTN dan dokumen yg berkaitan
  • Penghantaran dokumen sokongan hardcopy oleh calon berjaya ke Pejabat YTN
Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh disalurkan melalui emel ke [email protected] atau hubungi terus talian di 03-89247500.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail