logo

Biasiswa Program Penajaan Nasional JPA (JPA PPN)

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia/Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda,Pra-Universiti

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (USA) dan 10 universiti terbaik dunia di United Kingdom (UK) seperti yang disenaraikan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, dan / atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti atau bidang pengajian.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Syarat Umum Calon

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu/bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  • Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat pertama kali;
  • Umur belum mencapai 19 tahun (atau 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
  • dan Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.


Syarat Khusus Calon

  • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurangkurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada);
  • Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

Untuk menyemak syarat permohonan penuh KLIK DISINI

Disiplin
  • 1.Nanotechnology
  • 2. Neurotechnology
  • 3. Digital Technology
  • 4. Biological Sciences
  • 5. Computer Science (terhad kepada Artificial Intelligence, Internet of Things dan Data Sciences)
  • 6. Economics & Econometrics (e.g.Applied Economics, Macroeconomics)
  • 7. Geology, Environmental, Earth & Marine Sciences
  • 8. Aerospace Engineering
  • 9. Physics
  • 10. Mathematics
  • 11. Biology
  • 12. Chemistry
Maklumat Am

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  • i. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  • ii. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  • iii. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  • iv. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Cara memohon Biasiswa Program Penajaan Nasional JPA (JPA PPN)

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ bermula 20 Jun 2022 (Isnin) hingga 26 Jun 2022 (Ahad), jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  • Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 20 sehingga 26 Jun 2022).
  • Untuk panduan permohonan sila klik : PANDUAN PERMOHONAN JPA PPN
Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 20 hingga 26 Jun 2022 (hari bekerja sahaja) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.

Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail