logo

Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho MEXT) Undergraduate

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Kedutaan Jepun di Malaysia mengumumkan bahawa permohonan untuk program biasiswa dibuka mulai sekarang hingga 20 Mei 2022.

Biasiswa ini terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya warga Malaysia berumur 17 hingga 25 tahun, yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti yang terletak di Jepun bagi tahun akademik 2023.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Pemohon mesti mempunyai sekurang-kurangnya 9A (A+ atau A) dalam SPM — termasuk dalam mata pelajaran utama seperti Bahasa Inggeris, Matematik, dan Kimia, Fizik atau Biologi — untuk melayakkan diri mendapat biasiswa ini. 
  • Tempoh biasiswa adalah lima tahun, kecuali ijazah Perubatan dan Pergigian yang tujuh tahun, termasuk kursus intensif bahasa Jepun selama setahun.
  • Selain lepasan SPM, pelajar yang telah menamatkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), A-Levels, Unified Examination Certificate (UEC), matrikulasi, atau diploma di Malaysia juga digalakkan untuk memohon. 
  • Untuk semak syarat kelayakan mengikut lepasan boleh klik : syarat kelayakan biasiswa kerajaan Jepun untuk lepasan pra universiti. 



Disiplin

Kerajaan sedang mencari pelajar yang berminat dalam bidang:

  • Social Sciences and Humanities (such as Law, Politics, Economics, Business Administration, Pedagogy, Sociology, Literature, History, Finance, Japanese Language, etc)
  • Natural Sciences A (such as Mathematics, Physics, Chemistry, Electronics, Naval Architecture, Engineering, Architecture, Applied Chemistry, Industrial Chemistry, Mercantile Marine, Biotechnology, etc)
  • Natural Sciences B (such as Agriculture, Agricultural Chemistry, Animal Science, Veterinary Medicine, Forestry, Food Science, Fisheries, Pharmacy, Hygienic, Nursing, and Biology)
  • Natural Science C (such as Medicine and Dentistry)
Maklumat Am
  • Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 yen (ang. RM4,000) akan diberikan kepada penerima biasiswa Sarjana Muda (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). 
  • Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. 
  • Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

Cara memohon Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho MEXT) Undergraduate

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk dapatkan borang permohonan
  • Untuk panduan permohonan sila klik : Panduan permohonan biasiswa kerajaan Jepun
  • Pemohon yang layak akan dikehendaki menduduki peperiksaan bertulis di Kuala Lumpur, secara tentatif pada Jun tahun ini
  • Mata pelajaran untuk peperiksaan bertulis akan berdasarkan bidang minat pelajar, termasuk Bahasa Inggeris, Matematik, Kimia, Biologi atau Fizik.
  • Selepas itu, berdasarkan keputusan peperiksaan, calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga di kedutaan.
Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan boleh layari : https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/undergraduate.html

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail