logo

Biasiswa YTI PREMIER SCHOLARSHIP AWARD Luar Negara

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah syarikat pengurusan dana utama Malaysia dengan aset di bawah pengurusan lebih RM279 bilion. Portfolio PNB meliputi pelaburan strategik dalam syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dan hartanah. 

Permohonan hanya terbuka kepada calon yang telah mendapat TAWARAN BERSYARAT daripada universiti tertentu di United Kingdom (UK) atau Amerika Syarikat (AS) untuk mengikuti program sarjana muda yang berkaitan dengan perniagaan teras PNB. Permohonan dibuka mulai 27 Jun sehingga 8 Julai 2022. 

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Syarat-syarat kelayakan permohonan Anugerah Biasiswa Perdana YTI 2022 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan A Level/ Asasi;
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada 1 Januari 2022; dan
  • Mendapat tawaran bersyarat (conditional offer) untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti dan dalam mana-mana bidang yang tersenarai 
  • Syarat-syarat Tawaran Biasiswa) tertakluk kepada keputusan akhir peperiksaan dan tawaran tidak bersyarat (unconditional offer).
  • Permohonan terbuka kepada pelajar A-Level atau  American Degree Programme atau International Baccalaureate. Pemohon perlu mendapat surat tawaran bersyarat (conditional offer) terlebih dahulu dari universiti-universiti terpilih di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) seperti berikut:
  • Senarai universiti-universiti terpilih di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) terpilih
  • Universiti terpilih di UK:
    • University of Oxford
    • University of Cambridge
    • Imperial College of London
    • University College London
    • London School of Economics & Political Science


  • Universiti terpilih di Amerika Syarikat (AS)
    • California University of Technology
    • University of Chicago
    • University of California Los Angeles
    • Stanford University
    • University of Pennsylvania
    • Duke University
    • Massachusetts Institute of Technology
    • Yale University
    • University of California, Berkeley
    • Harvard University
    • Johns Hopkins University
    • Cornell University
    • Princeton University
    • Columbia University
    • Northwestern University



Disiplin

Senarai kursus yang ditawarkan oleh universiti adalah seperti berikut:

  • Perakaunan
  • Perundangan
  • Sains Aktuari
  • Pengurusan Risiko
  • Ekonomi
  • Kejuruteraan
  • Kewangan
  • Komunikasi
  • Teknologi Maklumat
  • Falsafah, Politik & Ekonomi

Cara memohon Biasiswa YTI PREMIER SCHOLARSHIP AWARD Luar Negara

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan

Permohonan adalah secara atas talian, untuk mengemukakan permohonan dan info lanjut biasiswa sila klik : YTI PREMIER SCHOLARSHIP AWARD 2022 (Post A-Level)

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

PERMODALAN NASIONAL BERHAD

Aras 4, Balai PNB
201-A, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur, Malaysia

Education Department
Level 38, Menara PNB  603 - 2050 5845  [email protected]

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail