logo

Program Penajaan Nasional (PPN) JPA

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda,Pra-Universiti

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan
  • Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2021. 


  • Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan kepada pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. \


  • Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat ijazah pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (USA) dan 10 universiti terbaik dunia di United Kingdom (UK) seperti yang disenaraikan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, dan / atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti atau bidang pengajian.
Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Syarat Umum

  • (i) Warganegara Malaysia;
  • (ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
  • (iii) Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • (iv) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  • (v) Menduduki peperiksaan SPM 2020 buat kali pertama; dan
  • (vi) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  • Nama tersenarai dalam calon pemilihan oleh JPA (Untuk semak senarai nama bolehKLIK DISINI)

Syarat Khusus

  • Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata
    pelajaran berikut:
  • (1) Bahasa Melayu
  • (2) Bahasa Inggeris
  • (3) Matematik
  • (4) Sejarah
  • (5) Matematik Tambahan
  • (6) Fizik
  • (7) Kimia
  • (8) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah /Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral; dan
  • (9) Satu (1) mata pelajaran lain;
  • DAN memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain
    (jika ada).


PROGRAM PERSEDIAAN

Pelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan di bawah program ini akan mengikuti
kursus persediaan iaitu Program A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM)
selama 24 bulan.


MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN
Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  • (i) Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam
    setelah tamat pengajian;
  • (ii) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)
    setelah tamat pengajian;
  • (iii) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
    setelah tamat pengajian; dan
  • (iv) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.


Pelajar-pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Kolej Yayasan UEM (KYUEM). Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di 10 universiti terbaik dunia di USA dan 10 universiti terbaik dunia di UK seperti yang disenaraikan dalam THE World University Rankings, QS World University Rankings, dan / atau ARWU berdasarkan kedudukan universiti dan bidang pengajian. Senarai bidang dan universiti boleh KLIK DISINI.

Disiplin

KLIK DISINI untuk semak senarai bidang pengajian

Cara memohon Program Penajaan Nasional (PPN) JPA

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Calon yang berminat perlu mengisi profiling secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ yang dibuka khusus kepada senarai calon yang dipaparkan dalam laman web esilav2 sahaja.
  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini dan meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Penajaan Nasional Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Senarai Calon PPN Tahun 2021
  • Iklan PPN
  • FAQ PPN
  • Sila klik di sini untuk memohon


Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:
  • Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 14 Jun 2021 sehingga 23 Jun 2021). 


  • Sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 10.00-11.00 pagi dan 2.30-3.30 petang (hari bekerja sahaja) di pautan meet.google.com/axz-ojpufwe.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail