logo

Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia

Tahap Pengajian

Diploma,Ijazah Sarjana,Ijazah Sarjana Muda,PhD

Jumlah Pembiayaan

Pinjaman

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Kerajaan Pulau Pinang menawarkan bantuan pinjaman pendidikan kepada pelajar dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.


Tarikh Buka Permohonan: 1 Jun, setiap tahun.
Tarikh Tutup Permohonan: 30 Ogos, setiap tahun. Sekiranya tarikh tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Am / Cuti Umum maka tarikh tutup Permohonan ditetapkan pada hari terakhir bekerja sebelum tarikh tersebut.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
  • Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. 
  • Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
  • Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
  • Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.
  • Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
  • Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (Cth: Jun 2019 - Jun 2020).
  • Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/MARA/JPA/Mybrain dan sebagainya)
Disiplin
NA

Cara memohon Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan

Permohonan adalah secara online.
Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut :
 

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA/IPTS)
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah
    Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
  • Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
  • Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
  • Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
  • Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)
  • Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan. Sila Klik Untuk Contoh MQA
  • Permohonan boleh dibuat secara Online di Laman Web berikut : https://epp.penang.gov.my
  • Paparan terbaik sistem adalah melalui penggunaan Google Chrome ke atas dengan paparan resolusi skrin 1024 x 768. Pengguna tidak digalakkan membuat permohonan secara online melalui paparan di telefon bimbit
  • Sila pastikan anda mengisi permohonan pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran. 
  • Kemaskini borang adalah 3 HARI dari tarikh pendaftaran dibuat. 
  • Sila CETAK borang permohonan yang telah diisi beserta dokumen-dokumen berkenaan dan dihantar dalam tempoh  2 MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat berikut:


LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT

NEGERI PULAU PINANG,

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,

PARAS 29, KOMTAR,

10503 PULAU PINANG

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail