logo

Dermasiswa Pengajian Islam Kerajaan Negeri Melaka

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Mulai tahun 2019, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) menjemput pelajar dari Melaka untuk memohon Dermasiswa Pengajian Islam Kerajaan Negeri Melaka, bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam pengajian Islam di Mesir, Jordan, Maghribi dan Indonesia.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Pemohon lahir di Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka
  • Pemohon mesti mengikuti pengajian di IPT yang tersenarai di bawah tajaan TAPEM dan IPT tersebut mesti mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Mendapat kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.
  • Mendapat keputusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan di peringkat STAM.
  • Mode pengajian sepenuh masa.
  • Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.
Disiplin

Pengajian Islam

Maklumat Am

Boleh klik disini untuk menyemak jumlah pembiayaan : JUMLAH PEMBIAYAAN BIASISWA

Cara memohon Dermasiswa Pengajian Islam Kerajaan Negeri Melaka

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan eTAPEM di laman utama web https://tapem.melaka.gov.my atau terus ke alamat https://tapemonline.melaka.gov.my.
  • Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak)
  • Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Gred 41 kea tas / Penghulu / Pengerusi JAPERUN / Pengerusi JPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
  • Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
  • Untuk mengemukakan permohonan boleh klik butang berwarna hijau untuk terus ke laman permohonan biasiswa. 
  • Pelajar yang menerima tawaran Dermasiswa Pengajian Islam perlu menandatangani Surat Perjanjian berserta seorang saksi.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail