logo

Biasiswa Yayasan Sabah

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia

Tahap Pengajian

Diploma,Ijazah Sarjana Muda,Pra-Universiti

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Kumpulan Yayasan Sabah mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon tajaan Dermasiswa/Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2022.

PERHATIAN

Untuk Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) dan Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB), permohonan biasiswa ditutup pada 30 Jun 2022. Manakala biasiswa lain dibuka sehingga 22 Julai 2022. 

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

KELAYAKAN UMUM

Kriteria pemohon adalah seperti berikut:

  • Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah; atau
  • Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah; atau
  • Pemohon, ibu atau bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di negeri Sabah 
  • Keutamaan diberikan kepada mereka yang berasal dan menetap di negeri Sabah


KELAYAKAN AKADEMIK

  • Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) 
    • Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperoleh 5A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2021.
  • Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
    • Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperoleh 5A termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2021. 
    • Khusus kepada golongan B40 luar bandar
  • Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah
    • Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.
  • Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)
    • Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 4 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran & Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dalam peperiksaan SPM.
  • Biasiswa Kejuruteraan
    • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA3.00 dalam peperiksaan Matrikulasi/Asasi.
  • Biasiswa IPTA/IPTS /Pelancongan /Perhotelan /Kursus Asas
    • Kejuruteraan dan Pinjaman Pengajian Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
  • Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak (YSCT)
    • Pemohon mestilah memperolehsekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
  • Dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM
    • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
  • Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)
    • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM.
Disiplin
  • Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
    • Kursus : Matrikulasi / Pra / Asasi / 'A'Level/ Diploma
    • Tempat Pengajian : Dalam Negara, keutamaan kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar(TTP)
  • Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
    • Kursus : Matrikulasi / Pra / Asasi / Diploma
    • Tempat Pengajian : UiTM / UMS / UMP/ UM / UniSZA/ UniSHAMS / Kolej Pro. Baitulmal, KL/ KTYS/ UCSF / KUIPSAS
  • Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam
    • Peringkat Pengajian : Diploma / Ijazah Sarjana Muda
    • Tempat Pengajian : Institusi Pengajian Tinggi Tempatan /
    • Program Berkembar(TTP) / ASEAN /Timur Tengah
  • Biasiswa Ulum Islamiah
    • Peringkat Pengajian : Ijazah Sarjana Muda
    • Tempat Pengajian : Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)
    • Peringkat Pengajian : Asasi-Ijazah Sarjana Muda
    • Kursus : Bahasa Arab
    • Tempat Pengajian : UCSF-Yarmouk University, Jordan
  • Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik,
    • Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)
    • Peringkat Pengajian : Ijazah Sarjana Muda
    • Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Pahang (Program Kerjasama Jerman) atau Kursus : Asasi Kejuruteraan
    • Tempat Pengajian : Yayasan Sabah College of Technology (YSCT)/ Program Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang
  • Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    • Peringkat Pengajian : Diploma
    • Tempat Pengajian : Yayasan Sabah College of Technology (YSCT)
  • Biasiswa IPTA/IPTS
    • Peringkat Pengajian : Diploma
    • Tempat Pengajian : IPT Tempatan
    • Kursus : Pertanian, Veterinar, Perakaunan, Senibina, Jurukur Bahan, Keusahawanan, Pergigian
  • Biasiswa Pelancongan/Perhotelan
    • Peringkat Pengajian : Diploma/Ijazah Sarjana Muda
    • Tempat Pengajian : University College Sabah Foundation (UCSF)
  • Dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM
    • Peringkat Pengajian : Sijil/Diploma
    • Tempat Pengajian : Yayasan Sabah College of Technology (YSCT)/Politeknik/UiTM
  • Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)
    • Peringkat Pengajian : Foundation In Accounting (FIA) / London Chamber of Commerce and Industry (LCCI)
    • Tempat Pengajian : Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur



Cara memohon Biasiswa Yayasan Sabah

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian (Online)di http://www.yayasansabahgroup.org.my melalui pautan Portal Permohonan Tajaan Yayasan Sabah 2022. 
  • Pemohon perlu mendaftar dengan e-mel peribadi. Sila maklum bahawa borang permohonan secara dalam talian (online) ini hanya sesuai dibuka menggunakan komputer riba (laptop) atau komputer peribadi (PC) dan menggunakan pelayar Google Chrome.
  • Sila klik “DAFTAR AKAUN” dan isi kan nama, nombor MyKad, e-mel yang sah dan juga negeri asal / daerah asal.
  • Setelah selesai mengisi semua maklumat berkaitan, sila tekan butang “Daftar”.
  • Selepas daftar, pemohon akan menerima e-mel yang mengandungi ID dan Kata Laluan (password).
  • Sila klik pautan di dalam e-mel yang diterima untuk mengaktifkan akaun dan seterusnya log masuk untuk mengisi borang permohonan s e c a r a dalam talian (Online).
  • Sila lengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang disediakan sebelum menekan butang “HANTAR”.


PERHATIAN:

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Julai 2022 KECUALI bagi BCNS dan BCPLB tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2022.
  • Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.
  • Sila cetak SENARAI SEMAK dan BORANG PERMOHONAN yang telah dilengkapkan berserta dokumen sokongan yang telah disahkan untuk diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah selewat-lewatnya sebelum atau pada tarikh tutup permohonan seperti yang dinyatakan.
  • Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 30 September 2022.


Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Sekiranya pemohon telah mendaftar tetapi tidak menerima e-mel, sila hubungi pejabat Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah di talian 088 - 326402 / 326385 / 326390 / 326392 / 326393 / 326395 / 326396 / 326397 / 326399 / 326603 / 434195 atau e-mel [email protected]

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail