Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Tarikh Tutup
Lokasi Pengajian
Malaysia/Overseas
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda,Pra-Universiti
Jumlah Pembiayaan
Biasiswa ini ditawarkan kepada lepasan SPM di mana calon yang berjaya akan menjalani program pra-universiti di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) yang terletak di Lembah Beringin, sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di universiti antarabangsa terkenal.
Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah
Semua pemohon mestilah warganegara Malaysia, mahir berbahasa Inggeris, bersemangat tinggi, bertenaga tinggi yang komited kepada pembangunan diri, didorong untuk cemerlang dan memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonal yang cemerlang, dan memegang jawatan kepimpinan di kelab sekolah atau universiti.
Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Luar Negara
Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Dalam Negara
Biasiswa Kelayakan Profesional
Syarat-syarat lain
Biasiswa undergraduate (Dalam dan Luar Negara):
Biasiswa bagi kelayakan profesional
Bagi kedua-dua biasiswa sarjana muda di luar negara dan tempatan, Yayasan UEM akan menampung perbelanjaan akademik termasuk yuran pengajian dan peperiksaan, insurans perubatan dan hayat, komputer riba, elaun sara hidup dan peruntukan untuk buku serta peralatan berkaitan pengajian (untuk pelajar bukan perniagaan).
Bagi Biasiswa Kelayakan Profesional, Yayasan UEM antara lain akan menanggung semua kos berkaitan ICAEW atau CAANZ (yuran pendaftaran, tuisyen dan peperiksaan) serta permohonan visa dan permit kerja. Memandangkan ia adalah program pengajian kerja, pemohon yang berjaya akan menerima gaji pokok yang disediakan oleh firma perakaunan.
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat boleh mengemukakan permohonan, sila klik pada butang berwarna hijau untuk terus ke laman permohonan biasiswa UEM atau layari https://www.uem.com.my/yayasanuem_scholarship.aspx untuk ke laman rasmi permohonan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Pertanyaan boleh diajukan ke [email protected] atau hubungi 03-2727 6982 / 6986
Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini? Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!
Perlukan
bantuan?