Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Tarikh Tutup
Lokasi Pengajian
Malaysia
Tahap Pengajian
Diploma,Ijazah Sarjana Muda,Kelayakan profesional
Jumlah Pembiayaan
Dana Pendidikan Elena Cooke, ditubuhkan untuk menghormati mendiang Miss Elena Cooke, pengetua paling lama berkhidmat di Sekolah Perempuan Bukit Bintang. Dana ini bertujuan untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik, sama ada tinggal bersama keluarga atau dibesarkan di rumah kanak-kanak dan rumah anak yatim, untuk mendapatkan pendidikan berkualiti selepas SPM di IPT awam dan swasta dalam negara.
Pelajar lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) dan UEC (Unified Examination Certificate) yang telah memperolehi keputusan peperiksaan dipelawa untuk memohon bantuan kewangan Elena Cooke.
Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah
A. BIASISWA SUNWAY-ECEF (Kampus Sunway di Selangor sahaja)
Yuran pengajian dan yuran am (iaitu yuran selain daripada yuran pengajian, tetapi tidak termasuk deposit yang boleh dikembalikan) akan dilindungi sepenuhnya manakala elaun untuk penginapan, buku dan perbelanjaan sara hidup akan diberikan untuk keseluruhan kursus.
SUNWAY COLLEGE
SUNWAY UNIVERSITY
B. HELP-ECEF STUDY AWARD
Yuran pengajian dan yuran am (iaitu yuran selain daripada yuran pengajian, tetapi tidak termasuk deposit yang boleh dikembalikan) ditanggung sepenuhnya manakala elaun untuk penginapan, buku dan perbelanjaan sara hidup akan diberikan untuk keseluruhan kursus.
HELP UNIVERSITY
C. ECEF PARTIAL SCHOLARSHIP (UNTUK UNIVERSITI AWAM)
Biasiswa separa dibuka untuk universiti yang disenaraikan di bawah. Pemohon mesti memohon secara berasingan ke universiti sendiri. Nyatakan kursus dipohon dalam borang permohonan. Biasiswa TIDAK dibuka untuk Kursus peringkat asasi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Sebarang pertanyaan boleh emel terus ke [email protected]
Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini? Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!
Perlukan
bantuan?