logo

Biasiswa Luar Negara DAAD Jerman

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana,PhD

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Ini adalah program pengajian pasca siswazah yang berorientasikan pembangunan dengan menggalakkan latihan kepada pakar dari negara membangun dan perindustrian baharu. 

Pakar tempatan yang terlatih memainkan peranan penting dalam pembangunan mampan sesebuah negara. Ia adalah jaminan terbaik untuk masa depan yang lebih baik dengan mengurangkan jurang kemiskinan, lebih banyak akses pendidikan dan kesihatan untuk semua rakyat. Klik untuk semak senarai semua negara yang layak

Biasiswa ini ditawarkan kepada graduan asing dari negara membangun dan perindustri termasuk Malaysia. Terbuka kepada calon dengan sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman profesional untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana atau PhD di universiti yang terletak di Jerman bagi tahun akademik 2023/2024

Tempoh pengajian antara 12-24 bulan untuk Sarjana (bergantung kepada institusi tertentu) dan 36 bulan untuk PhD. Dibiayai oleh BMZ (Federal Ministry for Economic Cooperation and Development).


Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Memiliki dan telah tamat ijazah sarjana muda tidak lebih daripada enam tahun sebelumnya
  • Sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman profesional yang berkaitan
  • Kemahiran bahasa - Bergantung kepada program pengajian yang dipilih; sila semak brosur biasiswa atau laman web program pengajian pilihan anda.
  • Calon memenuhi keperluan akademik yang diperlukan dan boleh dijangka berjaya menamatkan program pengajian di Jerman (keputusan melebihi purata untuk peperiksaan akademik pertama - prestasi terbaik ketiga, kemahiran bahasa)
  • Calon boleh membuktikan motivasi mereka berkaitan dengan pembangunan, mengambil tanggungjawab sosial dan menyokong proses perubahan dalam persekitaran peribadi dan profesional mereka selepas tamat latihan/pengajian. 
  • Tarikh akhir permohonan bergantung kepada program pengajian yang dipilih; sila semak brosur biasiswa atau laman web program pengajian pilihan anda.


Disiplin

Biasiswa individu secara eksklusif untuk kursus Pasca Siswazah di Jerman yang disenaraikan pada "Senarai semua kursus Pasca Siswazah dengan tarikh akhir permohonan 2023/24" .

Maklumat Am


  • Nilai biasiswa bergantung pada tahap akademik, bayaran bulanan sebanyak 861 euro untuk graduan atau 1,200 euro untuk calon PhD
  • Pembayaran terhadap perlindungan insurans kesihatan, kemalangan dan liabiliti peribadi
  • Elaun perjalanan, melainkan perbelanjaan telah ditanggung oleh negara asal atau sumber pembiayaan lain
  • Dalam keadaan tertentu, pemegang biasiswa boleh menerima faedah tambahan berikut:
    • Subsidi sewa bulanan (penginapan)
    • Elaun bulanan untuk ahli keluarga yang menemani anda

Cara memohon Biasiswa Luar Negara DAAD Jerman

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan

Untuk info lanjut mengenai cara permohonan boleh klik Brosur EPOS 2023/2024 "Kursus Pasca Siswazah Berkaitan Pembangunan - Mendidik Profesional untuk Pembangunan Mampan" dan Soalan Lazim berkaitan biasiswa.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail