logo

Biasiswa Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman (JPA)

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia/Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana Muda,Pra-Universiti

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2022 merupakan program penajaan JPA berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM tahun 2021 dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web JPA mulai 16 hingga 26 Jun 2022. Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi program ini sebelum membuat permohonan. 

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

 Syarat Umum

  • (i) Warganegara Malaysia;
  • (ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
  • (iii) Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  • (iv) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
  • (v) Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat pertama kali; dan
  • (vi) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.2

Syarat Khusus

Perincian syarat khusus mengikut bidang adalah seperti berikut: 

Kejuruteraan Jepun 

  • Program persediaan di INTEC Education College
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
    • a) Bahasa Melayu;
    • b) Matematik;
    • c) Matematik Tambahan;
    • d) Fizik; dan
    • e) Kimia.
    • Dan mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
      • a) Bahasa Inggeris; dan
      • b) Sejarah.

Kejuruteraan Korea

      • b) Sejarah

Bidang Sains dan Teknologi Korea

  • Program persediaan di INTEC Education College
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
    • a) Bahasa Melayu;
    • b) Matematik;
    • c) Matematik Tambahan;
    • d) Fizik; dan
    • e) Kimia.
    • Dan mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
      • a) Bahasa Inggeris; dan
      • b) Sejarah.

Bidang Kejuruteraan Perancis

Bidang Sains Sosial Perancis

  • Program persediaan di Uni-MFI
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam
  • lima (5) mata pelajaran berikut:
    • a) Bahasa Melayu;
    • b) Matematik; dan
    • c) Tiga (3) mata pelajaran lain (termasuk Matematik Tambahan sekiranya merupakan keperluan Kolej Persediaan)
    • Dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
      • d) Bahasa Inggeris; dan
      • e) Sejarah

Bidang Kejuruteraan Jerman

  • Program persediaan di INTEC Education College/Sunway College
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
    • a) Bahasa Melayu;
    • b) Matematik;
    • c) Matematik Tambahan;
    • d) Fizik; dan
    • e) Kimia.
    • Dan
    • Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
      • a) Bahasa Inggeris; dan
      • b) Sejarah.

Bidang Sains dan Teknologi Jerman

  • Program persediaan di INTEC Education College
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
    • a) Bahasa Melayu;
    • b) Matematik;
    • c) Matematik Tambahan;
    • d) Fizik; dan
    • e) Kimia.
    • Dan Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
      • a) Bahasa Inggeris; dan
      • b) Sejarah.

Info penuh syarat kelayakan, temuduga, ujian saringan dan sebagainya sila klik : SOALAN LAZIM BASISWA JPA JEPUN KOREA PERANCIS JERMAN

Disiplin
  • Kejuruteraan
  • Sains dan teknologi (S&T)
  • Sosial Sains

Cara memohon Biasiswa Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman (JPA)

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/bermula 16 Jun 2022 (Khamis) hingga 26 Jun 2022 (Ahad), jam 5.00
    petang. 
  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
  • Klik untuk semakan berikut : 
Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emelkan ke [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 16 sehingga 26 Jun 2022).

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail