logo

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia

Tahap Pengajian

Diploma,Ijazah Sarjana Muda

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Had Umur

  • Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
  • Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.


Kelayakan Akademik

  • Kursus Diploma
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurangkurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.


  • Kursus Sarjana Muda
    • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.33. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya Jayyid.
    • Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
      2.2.4Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
    • Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
    • Perubatan, Pergigian dan Farmasi
      • Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja
    • Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Disiplin

Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)

  • Aktuari Sains
  • Pertanian
  • Juru UkurSains Tulen
  • KejuruteraanSeni Bina (Architecture)
  • Kesihatan dan Perusahaan TernakTeknologi Maklumat
  • Pengurusan HartanahUkur Bahan
  • Perakaunan


Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)

  • Aktuari Sains
  • Perakaunan
  • Akuakultur
  • Pergigian
  • Ekonomi
  • Perhutanan
  • FarmasiPerikanan
  • Kejuruteraan
  • Pertanian
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Perubatan
  • Keusahawanan
  • Perubatan Veterinar
  • Komunikasi
  • Psikologi
  • Juru Ukur
  • Sains Alam Sekitar
  • Muzik
  • Sains Biologi Marin
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Sains Bioteknologi
  • Pendidikan
  • Sains dan Teknologi Makanan
  • Pengajian Islam
  • Sains Komputer
  • Pengangkutan dan Logistik
  • Seni Bina (Architecture)
  • Pengurusan Ladang
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Hartanah
  • Ukur Bahan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Undang-Undang

Cara memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan
  • Permohonan hendaklah melalui ‘online’. Klik pautan berwarna hijau untuk ke laman rasmi permohonan.
  • Pemohon perlu mendaftar e-mel peribadi  yang  aktif.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.
  • Keputusan permohonan disemak melalui 'online'.
  • Kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak layak memohon biasiswa ini
  • Tarikh tutup permohonan ialah 30 Jun 2021 
  • Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri,

Kementerian Pelajaran dan Inovasi, Aras Bawah, 

6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, 

Jalan Masjid Lama, 

88000 Kota Kinabalu.

Phone:
088288325
Email:
[email protected]

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail