logo

Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IDB) 2019

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia/Overseas

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana,Ijazah Sarjana Muda,PhD

Jumlah Pembiayaan

Biasiswa Penuh

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Bank Pembangunan Islam (IDB) menawarkan biasiswa di peringkat ijazah sarjana muda, master, Doktor Falsafah (Ph.D) dan pasca kedoktoran secara sepenuh masa dalam bidang yang telah dikhususkan oleh IDB. 

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

Syarat kelayakan mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut :

Ijazah Sarjana Muda

  • Warganegara mana-mana negara anggota IsDB atau komuniti Islam yang bukan ahli 
  • Menamatkan pendidikan menengah (atau setara dengan kira-kira 12 tahun pendidikan) dengan gred yang baik dalam mata pelajaran utama. 
  • Tidak menerima sebarang biasiswa lain pada masa permohonan dan semasa pengajian di bawah program biasiswa IsDB. 
  • Sihat dan bersedia menjalani ujian perubatan selepas pemilihan.
  • Pemohon mestilah telah ditawarkan melanjutkan pengajian dari salah satu universiti yang telah disenaraikan dalam kalangan 10 universiti terbaik di negara masing-masing.

Master

  • Menjadi warganegara dari mana-mana negara anggota IsDB atau komuniti Islam di negara-negara bukan ahli.
  • Menamatkan pengajian dengan gred yang "BAGUS" di peringkat ijazah sarjana muda
  • Bidang pengajian yang dicadangkannya adalah dalam bidang yang diluluskan oleh IsDB
  • Disarankan oleh tiga orang dalam kalangan (profesional atau akademik)
  • Tidak menerima sebarang biasiswa lain atau terikat dengan program atau perkara lain yang bakal mengganggu pengajian melainkan jika calon memaklumkan kepada pihak IsDB secara bertulis
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik

PhD

  • Memperolehi ijazah Sarjana Muda (untuk pengajian Ph.D) dalam salah satu bidang yang diluluskan dalam program 
  • Memiliki kedudukan akademik di atas purata ("Sangat Baik")
  • Mempunyai pengalaman kerja dan / atau penyelidikan akan memberi kelebihan
  • Mengikuti bidang pengajian dan / atau penyelidikan yang dicadangkan dalam salah satu bidang yang disenaraikan di bawah bidang pengajian yang diluluskan untuk program ini dengan kaitannya dengan saintifik dan perkembangannya ke negara yang jelas ditunjukkan dalam suatu cadangan penyelidikan
  • Tidak menerima/terikat dengan sebarang biasiswa atau perkara yang akan menggangu  pengajian melainkan jika dipersetujui oleh IsDB 
  • Tahap kesihatan yang baik


Pasca kedoktoran

  • Memiliki ijazah PhD dalam salah satu bidang yang diluluskan dalam program ini 
  • Memiliki kedudukan akademik di atas purata ("Sangat Baik"); 
  • Tidak kurang dari dua (2) tahun pengalaman dalam bidang penyelidikannya 
  • Memiliki rekod penerbitan / penyelidikan dalam bidang yang sama. 
  • Melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian dan / atau penyelidikan yang dicadangkan di salah satu bidang yang disenaraikan di bawah bidang pengajian yang diluluskan untuk program ini dengan kaitannya dengan saintifik dan perkembangannya ke negara yang jelas ditunjukkan dalam satu cadangan penyelidikan. 
  • Tidak menerima/terikat dengan sebarang biasiswa atau perkara yang akan menggangu  pengajian melainkan jika dipersetujui oleh IsDB 
  • Tahap kesihatan yang baik

Untuk semakan syarat kelayakan yang lengkap bagi setiap peringkat pengajian sila KLIK DISINI.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh semak FAQ IsDB dengan KLIK DISINI.


Disiplin
  • Medicine, Dentistry, Pharmacy, Nursing, Medical Laboratories, Microbiology, Public Health, Nutrition, Health Services Management, Bio-Medicine, Medical Technology, Veterinary, Chemistry, Biology, BioTechnology 
  • Engineering: Civil, Mechanical, Chemical, Electrical, Surveying, Urban Planning
  • Agriculture and Forestry
  • Industrial Technologies
  • Physics, Geology dan bidang berkaitan
  • Computer Science, Information Technology, Telecommunication dan Electronics selain bidang berkaitan
  • ICT for Development Natural Resources, Marine Sciences Biodiversity Climate Change Water and Hygiene Law, Media dan Journalism, Political Sciences, Entrepreneurships, dan bidang berkaitan. 
  • Development-related Social Sciences Economics Islamic Economics, Finance dan Banking Statistics, Demography Econometrics, dan Social Studies Population Growth Education, Psychology and Learning, Education Policy dan International Development

Untuk menyemak kursus dan bidang pengajian yang layak dipohon sila KLIK DISINI

Maklumat Am
  • Yuran pengajian
  • Kos sara hidup
  • Insurans kesihatan
  • Tiket penerbangan pergi dan balik

Cara memohon Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IDB) 2019

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan

Pemohon yang berminat untuk memohon boleh KLIK pada pautan berwarna hijau diatas untuk terus ke laman rami permohonan. Permohonan akan ditutup pada  28 Februari 2019. Maklumat lanjut bolehKLIK DISINI.

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:

Untuk menghubungi mereka bagi sebarang pertanyaan lanjut boleh terus layari laman web rasmi IDB https://www.isdb.org/get-involved/scholarship-programme.

Phone:
0380008000

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail