logo

Bantuan IUKL Cares Relief Fund

Tarikh Tutup

Lokasi Pengajian

Malaysia

Tahap Pengajian

Ijazah Sarjana,Ijazah Sarjana Muda,PhD,Pra-Universiti

Jumlah Pembiayaan

Rebat

Butiran biasiswa

Gambaran keseluruhan

Berikutan penularan wabak Covid-19, kami memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh ramai pihak, justeru IUKL telah menubuhkan tabung untuk mengurangkan beban kewangan pelajar dan ibu bapa. Kami menawarkan penjimatan sehingga RM9000* untuk program pengajian pilihan anda.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Dana ini terpakai kepada pelajar Malaysia BAHARU untuk pra-universiti (asas), sarjana muda dan pasca siswazah (diploma hingga PhD) yang menyertai pengambilan 2022.
  • Dana itu akan diberikan kepada semua pelajar asasi, sarjana dan pasca siswazah yang memenuhi syarat kemasukan minimum ke IUKL
  • Bilangan tawaran adalah terhad bergantung kepada dana yang tersedia
Disiplin
NA
Maklumat Am
  • Pelajar program foundation akan menikmati rebat RM9,000* manakala pelajar peringkat ijazah sarjana muda dan pasca siswazah layak mendapat rebat RM6,000 yang boleh ditebus secara berkala
  • Pelajar secara automatik akan mendapat rebat RM9,000* daripada yuran pengajian mereka, daripada pengajian asasi sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke program Ijazah Sarjana Muda.
  • Pelajar akan diberikan satu set yang mengandungi 3 baucar, setiap satu bernilai RM1,000 untuk digunakan sepanjang 3 semester dalam program Asasi
  • Rebat boleh ditebus setiap semester (RM1,000 setiap semester),
  • Pelajar perlu mengemukakan baucar kepada Pejabat Bursary untuk pengaktifan pada setiap awal semester.
  • Selain itu, pelajar berpeluang menebus baki diskaun (RM6,000) apabila mereka menyambung ijazah sarjana muda di IUKL.
  • Rebat boleh ditebus setiap semester untuk 6 semester akan datang sepanjang program Ijazah Sarjana Muda.
  • Pelajar yang tidak menyambung ijazah sarjana muda di IUKL, tidak akan diberi baki rebat RM6,000*
  • Penebusan rebat RM6,000 untuk pelajar prasiswazah dan pasca siswazah
  • Pelajar akan diberikan satu set 6 baucar, setiap satu bernilai RM1,000.
  • Rebat boleh ditebus setiap semester untuk 6 semester akan datang bermula pengambilan Mac 2022.
  • Pelajar perlu mengemukakan baucar kepada Pejabat Bursary untuk pengaktifan pada setiap awal semester.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Cara memohon Bantuan IUKL Cares Relief Fund

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang
Klik disini untuk ke laman permohonan

Bantuan kewangan ini ditawarkan secara automatik dan permohon tidak perlu mengemukakan permohonan. Mereka yang memenuhi syarat kemasukan minimum layak mendapat dana ini. Tiada tarikh akhir. Bagaimanapun, ia hanya untuk pengambilan 2022 dan tawaran adalah terhad.

Untuk permohonan ke IUKL, boleh klik : PERMHONAN KE IUKL

Adakah anda berminat untuk mendapatkan info tentang biasiswa terkini yang sama seperti yang ditawarkan ini?
Jadilah orang pertama yang memohon biasiswa berkenaan sebaik sahaja ianya dibuka!

Biasiswa Popular

semak semua biasiswa

Perlukan
bantuan?
mail