UNIVERSITI TENTUKAN HUKUMAN KEPADA PELAJAR YANG SERTAI BERSIH 5 – KPT

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 07, 2016, 10:47 am

bersih-5-featured-1140x594

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi kebenaran sepenuhnya kepada pihak Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar masing-masing yang terlibat dalam himpunan Bersih 5.

Menerusi kenyataan rasmi oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh “Pihak universiti boleh menentukan sebarang bentuk tindakan hukuman kepada pelajar yang terlibat tanpa perlu merujuk kepada pihak kementerian. Kebenaran ini diberikan berikutan tindakan pelajar yang turut melanggar peraturan universiti dengan menyertai perhimpunan haram berkenaan”.

idrisjusohimage_3

Himpunan Bersih 5 telah berlangsung pada hari Sabtu, 19 November 2016 yang lalu. Himpunan bertemakan “Satukan Tenaga, Malaysia Baru” ini gagal memperolehi permit daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali gus diisytiharkan sebagai perhimpunan haram.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail