UMCCED (UM) & UTMSPACE (UTM) Institusi Awam @ Swasta. Kenapa Yuran Mahal?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 25, 2017, 05:18 pm

Yang tengah viral tu UMCCED bukan Universiti Malaya (UM). UMCCED & UTMSPACE merupakan institusi pendidikan yang dikendalikan oleh entiti dibawah Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Apa yang menjadi tanda tanya, adakah kedua-dua institusi ini dibawah kerajaan atau pun swasta?. Jika ianya institusi awam, 3 persoalan utama yang jelas mengelirukan dan lebih menunjukkan bahawa ianya adalah swasta iaitu :

 

 

  • Kenapa pengambilan pelajar dibuat secara berasingan tidak melalui UPU?.
    • Permohonan pelajar ke UA perlu dibuat melalui UPU
  •  kenapa syarat kemasukan sangat rendah berbanding syarat kelayakan yang diletakkan di portal rasmi semakan kelayakan UPU?.
    • Contohnya, syarat kemasukan 5 kredit (gred C) dalam subjek khusus (subjek sains tulen) untuk diploma kejuruteraan sedangkan permohonan melalui UPU 5 kepujian (gred B).
  • Kenapa yuran pengajian dikenakan caj berkali ganda mahal berbanding UA yang lain untuk pengajian di peringkat yang sama?.
    • Contohnya diploma selama 3 tahun di UniMAP (RM 6,421) manakala UMCed (RM 13, 600) iaitu 2 kali ganda dikenakan!.

 

TETAPI jika hendak katakan swasta pun tidak juga kerana segala sijil penganugerahan tamat pengajian nanti sepenuhnya mendapat pengiktirafan daripada UM dan UTM sendiri. Majlis konvokesyen juga diuruskan oleh pihak universiti. Selain itu, jika disemak di portal MQA, pengiktirafan kelayakan program berada dibawah kategori institusi awam selain termasuk dibawah senarai UM dan UTM, bukannya kategori swasta. 

 

 

Hasil penelitian menerusi laman rasmi UMCCed di bahagian FAQ telah menjawab mengenai isu ini tetapi jawapan yang diberikan tidak tepat. Mereka hanya memaklumkan bahawa UMCCed ini adalah entiti dibawah UM tetapi tidak memaklumkan dengan jelas ianya awam atau swasta.

 

  

Manakala, UTMSPACE juga tidak memaklumkan dengan jelas. Jadi kami telah mengambil inisiatif untuk menghubungi mereka. Maklum balas daripada pegawai menyatakan, UTMSPACE/UTMKL bukannya swasta tetapi dikendalikan oleh anak syarikat dibawah UTM. Dalam portal rasmi mereka dapat dilihat susur galur tertubuhnya UTMSPACE ini :

 

"Pada tahun-tahun awal penubuhan, UTMSPACE menawarkan program pembangunan profesional. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh permintaan yang menggalakkan untuk program pengajian separuh masa dalam kalangan pekerja dalam kedua-dua sektor swasta dan awam, UTMSPACE mengambil inisiatif menawarkan program akademik arus perdana dalam mod pengajian separuh masa bermula dari tahun akademik 1995 hingga 1996. Kini, UTMSPACE menawarkan kursus di peringkat diploma dan sarjana, selaras dengan kursus yang ditawarkan oleh pelbagai Fakulti di UTM dengan menyediakan 17 buah pusat pembelajaran di seluruh negara".

 

    

 

Seperti mana yang kita sedia maklum, UMCCed dan UTMSPACE sebelum ini menawarkan program pengajian sepanjang hayat. Ini dapat dilihat daripada nama penuh UMCCed sendiri iaitu University of Malaya Centre for Continuing Education manakala UTMSPACE (School of Professional and Continuing Education).

 

    

 

Dahulunya ditawarkan untuk peringkat pengajian degree, masters, PhD dan eksekutif program dalam mod pengajian separuh masa TETAPI kini mereka sudah menawarkan program di peringkat diploma, degree secara full time kepada pelajar lepasan SPM. Kenapa tiba-tiba mereka menawarkan program diploma selain mengenakan caj yang mahal?.

 

  

 

Seperti mana dalam laporan Free Malaysia Today (FMT), UMCCed dikatakan menawarkan pengajian di peringkat diploma/degree full time kerana ingin menjana pendapatan daripada yuran pengajian. Maklum sajalah, majoriti bajet di semua universiti awam telah pun dipotong oleh kerajaan. Atas alasan itulah, mereka menjana pendapatan sendiri dengan menerima pelajar yang rendah kelayakannya untuk masuk ke universiti, asalkan mampu untuk membayar!.

 

Untuk pengetahuan anda, UM menerima tamparan paling hebat selepas bajet yang diberikan telah dikurangkan. Alasan kerajaan, universiti awam perlu diajar untuk tidak bergantung kepada kerajaan dan digalakkan untuk menjana pendapatan sendiri. Namun demikian, bukankah dengan tindakan itu, bakal menjejaskan kualiti graduan yang dilahirkan di universiti itu dan kemungkinan bakal menjatuhkan imej universiti memandangkan UM merupakan universiti ranking nombor 1 di Malaysia dan 41 di dunia (berdasarkan QS Ranking)!.

 

Adakah ini bermaksud, sesiapa sahaja boleh memohon walaupun pencapaian akademik kurang bagus untuk masuk ke universiti terkemuka dalam negara, asalkan mampu?. Apakah itu adil untuk pelajar yang bersusah payah berusaha untuk memperolehi keputusan akademik yang baik selain terpaksa bersaing untuk merebut tempat semata-mata untuk masuk ke universiti yang paling hebat?. Bagaimana pula dengan kualiti pelajar yang bakal dilahirkan nanti dan mahukah jika orang luar melabelkan universiti awam di Malaysia tiada kualiti.

 

Jadi sekarang apa bezanya dengan IPTS?. Kalau dahulu bezanya UA meletakkan syarat kelayakan akademik yang tinggi demi untuk menjaga kualiti graduan yang dilahirkan dan yuran juga lebih murah berbanding IPTS kerana sebahagiannya ditanggung oleh kerajaan. Namun kini, syarat kelayakan juga lebih rendah dan yuran pengajian juga lebih mahal berbanding di UA malahan IPTS juga!.

 

 

 

Tiada bezanya, jadi lebih baik ke IPTS kerana sijilnya turut diiktiraf MQA dan menawarkan lebih banyak kelebihan dalam beberapa aspek berikut :

 

  • IPTS menawarkan Double Degree Program, pelajar belajar satu kursus tetapi memperolehi 2 pengiktirafan daripada universiti dalam negara dan luar negara melalui program joint venture. Antaranya adalah:
    • SEGi University dengan Abertay University UK, University of Teesside, University of Sunderland dalam  Ijazah perniagaan, kejuruteraan, hospitaliti, pemasaran, perakaunan & kewangan.
    • Notthingham University dengan Konstanz Universiti Germany dalam bidang ekonomi
    • Manipal University dengan EICAR, Perancis dalam bidang perfileman
    • Southampton University Malaysia dengan Southampton University, United Kingdom
    • Taylor's University dengan University of The West of England dalam Ijazah perniagaan & Sains Komputer
  • Kursus yang ditawarkan menepati keperluan industri semasa dan masa hadapan
    • Peluang pekerjaan yang meluas
    • Lebih menjurus kepada teknikal berbanding teori
    • Penguasaan bahasa Inggeris yang baik
    • berpleuang menjalani latihan industri di syarikat bertaraf antarabangsa
  • Berpeluang melanjutkan pengajian ke luar negara melalui  (Twinning Program) (Contoh 2 tahun di Malaysia, 2 tahun di luar negara). Antaranya IPTS yang menawarkannya :
    • Southampton university dengan UK University
    • SEGi University dengan American University
  • IPTS menawarkan pengajian double major iaitu satu kursus dengan dua bidang boleh dipelajari
    • SEGi University dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa  (2 major public relation & marketing)

 

Walau apa pun alasannya, tidak sepatutnya mereka mengabaikan kelayakan akademik dalam pemilihan masuk pelajar ke universiti. Jika mereka mahu mengenakan caj yang mahal pun sekurang-kurangnya jangan diabaikan aspek kelayakan akademik. Apa salahnya jika mereka kekalkan syarat kelayakan seperti mana dalam UPU.

 

 

 

 

Pelajar yang gagal ditawarkan melalui UPU tetapi memenuhi syarat kelayakan masih berpeluang untuk menyambung pengajian ke UMCCed dan UTMSPACE. Kini tiada apa yang istimewanya, dan IPTS dilihat lebih baik berbanding kedua-dua institusi ini kerana lebih banyak kelebihan yang bakal diperolehi oleh pelajar kelak. Tetapi kalau anda tetap nak kelayakan daripada universiti awam pun, tak kisah juga sebab semuanya ada kelayakan MQA. Untuk semak senarai IPTS yang tawar program pengajian dan sijil kelayakan universiti awam boleh KLIK Senarai IPTS yang Tawarkan kursus & Sijil dari Universiti Awam. Untuk dapatkan info lain yang lebih menarik bileh klik pautan artikel dibawah.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail