Ujian MUET on Demand (MoD) Secara Computer Based Test (CBT) Bakal Diperkenalkan Mulai April 2018

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 07, 2017, 04:16 pm

Adakah anda sedang mengalami masalah semasa hendak membuat permohonan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda (degree) hanya kerana TIADA KELAYAKAN MUET akibat telah tamat tempoh atau belum pernah mengambilnya lagi?. Apabila anda ingin mengambilnya, pendaftaran telah pun ditutup. Perlu tunggu tarikh pendaftaran seterusnya dan terlepas tarikh permohonan ke universiti. Jika ya, berita baik untuk anda kerana mulai bulan April tahun 2018, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan menawarkan Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT). 

 

 

MOD MUET CBT

 

APA PERBEZAAN MUET CT DENGAN MUET SEDIA ADA SEKARANG?

 

Untuk lihat perbezaan antara kedua-duanya, sila rujuk perkongsian dibawah :

 

MUET CBT

 

Secara ringkasnya, format ujian sama sahaja seperti standard ujian MUET sedia ada cumanya peperiksaan secara CBT ini dilaksanakan bergantung kepada permintaan pemohon bukan mengikut jadual seperti mana ujian MUET sedia ada yang dijalankan sebanyak 3 kali setahun. Walau bagaimanapun, kepada anda yang ingin mengambil MUET CBT ini, anda perlu membayar yuran yang lebih mahal berbanding yuran MUET sedia ada iaitu RM 250.00 dan peperiksaan hanya akan dijalankan bertempat di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Eco SKY WPKL. Mana-mana pelajar yang tinggal jauh terpaksalah datang untuk mengambil peperiksaan di tempat yang telah ditetapkan. Paling menarik, keputusan peperiksaan bakal diperolehi selepas tempoh 3 minggu peperiksaan dijalankan. Berikut adalah jadual terkini peperiksaan MoD bagi tahun 2019. 

 

 

Semoga perkongsian kami ini membantu anda merancang hala tuju pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda (degree) kelak dengan baiknya. Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail