Tip Menjawab Soalan Peperiksaan PTD M41 yang Wajib Anda Tahu!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 02, 2017, 05:56 pm

Dalam kerancakan kami berkongsikan pelbagai info untuk persediaan adik-adik kita menghadapi SPM bemula pada 6 november nanti, kami juga akan kongsikan kepada anda lepasan degree yang masih memasang impian untuk mengejar kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (M41). Walaupun agak terlambat kami berkongsikan tip ini, tetapi percayalah ianya berguna untuk anda.

 

IMG_4577

 

#KETAHUI BIDANG & PERANAN PTD

 

PTD ini anda kena tahu apakah tugas mereka kerana soalan yang ditanya majoritinya akan berkisarkan tentang bidang berkenaan .Misalnya, anda terpilih untuk menduduki peperiksaan pegawai kastam, soalan yang ditanya majoritinya berkaitan dengan bidang tugas dan isu-isu berkaitan dengan penguatkuasaan kastam. Makanya, anda perlu tahu apa bidang yang berkaitan dengan jawatan PTD. PTD ini sebenarnya bidang tugas mereka sentiasa berubah-ubah mengikut persekitaran politik, ekonomi dan sosial. Kalau zaman 60-an dahulu PTD lebih tertumpu kepada bidang pengurusan dan pembangunan. Maklumlah negara kita sedang dalam era pembangunan awal selepas zaman penjajahan. Kini, peranan PTD ini lebih luas iaitu merangkumi proses perancangan, penggubalan dan pengurusan dasar-dasar negara. Peranan seorang PTD sangat penting kerana merekalah yang terlibat dalam merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam meliputi bidang berikut :

 

  • Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi
  • Pengurusan Kewangan
  • Keselamatan dan Pertahanan Negara
  • Pengurusan Teknologi Maklumat
  • Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur
  • Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
  • Pengurusan Ekonomi
  • Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri

 

 

Jadi pastikan anda kuasai semua bidang diatas termasuk isu semasa dan dasar-dasar berkaitan. Jika tidak kuasai sekalipun, ada wajib ketahui pengetahuan asas bidang-bidang berkenaan. Jika soalan yang ditanya soalan beraras tinggi,google sahajalah. Minta suami/isteri/adik/abang standby sebelah. Kemudian minta mereka carikan jawapan, anda teruskan jawab soalan yang lain. Bila sudah ada jawapan, klik semula soalan tersebut. Paling penting ingat nombor soalan. Jenuh pula nak mencarinya nanti. Ingat masa adalah MUSUH UTAMA anda!

 

RUJUK SUMBER YANG SAHIH

 

Untuk menjawab soalan di bahagian A iaitu Pengetahuan Am, kita mesti banyakkan membaca kerana ianya melibatkan fakta-fakta penting. Jadi sumber manakah yang boleh dirujuk tanpa sebarang keraguan?. Jika anda rujuk di wikipedia, jaga-jaga admin pun boleh ubah info berkenaan. Kalau pun anda memang malas hendak study dan berhasrat ingin mohon bantuan sanak saudara sahaja nanti, anda perlu juga tahu sumber manakah yang sahih. Bukan pakai google sahaja. Maka dengan baik hatinya, admin kongsikan sumber berkenaan. Semua pasal negara Malaysia tercinta ini anda boleh semak. Bermula dengan bendera Malaysia sehinggalah dasar-dasar negara sejak zaman kemerdekaan lagi. Berikut adalah senarai Dasar Negara :

 

Hendak semak keseluruhan sila KLIK SAHAJA DISINI.

PTD

 

ELAKKAN MENJAWAB SOALAN BERSAMA RAKAN

 

Ini situasi kebiasaanya akan dihadapi oleh calon setiap tahun. Pada awalnya memang lah terfikir bagusnya jawab soalan bersama-sama. Cepat habis menjawabnya. Yelah sangat tu. Untuk yang baru dalam dunia percubaan untuk menjadi PTD ini, tahukah anda bahawa nombor soalan itu berbeza. Jadi jika rakan anda tidak tahu jawapan, beliau akan bertanya terus soalan tersebut bukan bertanya nombor soalan contohnya “oi soalan 36 apa jawapannya?”. Sudah lah tu, sekiranya rakan anda selesai dahulu menjawab, soalan yang beliau tidak tahu, beliau akan tanya kepada anda terutamanya soalan penyelesaian MASALAH. Jika ini berlaku anda akan menghadapi masalah.

 

Jangankan rakan anda, anda pun 2×5 akan bertanya kepada rakan anda soalan yang ada tidak tahu. Kadang kala pula, rakan anda menjawab jawapan lain, anda jawab lain. Makanya, berhujahlah anda untuk ketahui jawapan manakah yang betul. Ingat masa takkan berhenti walau sesaat. Majoriti calon yang pernah beberapa kali menjadi calon peperiksaan PTD ini, kali pertama sahaja bersama rakan, kali seterusnya lebih rela untuk menjawab soalan seorang diri sahaja dan ada diantaranya dengan bantuan saudara yang tidak mengambil peperiksaan.

 

FOKUS SOALAN PENYELESAIAN MASALAH

 

Majoriti yang gagal ini, kebanyakkan pening di bahagian penyelesaian masalah terutamanya yang lemah matematik dan pengakhirannya adalah dengan menghentam sahaja pilihan jawapan yang ada. Soalan penyelesaian masalah ini anda kena tahu bentuk soalan barulah boleh jawab. Tidak perlu dapat gred A dalam matematik pun boleh jawab kerana soalan yang diajukan sebenarnya tidak memerlukan kalkulator pun kerana perlu dijawab dalam masa yang singkat. Mengikut analisis, pihak yang mengeluarkan buku ulang kaji PTD ini, soalan yang diajukan melibatkan soalan Algebra dan Geometri. Makanya, perlu ada strategi menjawab soalan dalam bahagian B ini. Soalan yang menggunakan kalkulator, lukisan dan sebagainya tidak akan keluar. Tip daripada mereka  adalah :

 

  • Rujuk silibus subjek matematik SPM dan PT3
  • Abaikan bab yang melibatkan pengiraan, lukisan dan pengiraan menggunakan kalkulator
  • Culik cikgu matematik! (ok ini gurau je)

 

Jadi diharapkan dengan perkongsian ini membantu anda membuat persediaan kelak.

 

lawatan_ptd_intan_25_20140507_11047543681-810x538

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail