Temuduga Terbuka Jawatan Pramugari Air Asia, 22 Julai 2017

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 21, 2017, 11:46 am

Selain Qatar Airways & Malindo Air, Air Asia turut membuka peluang jawatan pramugari di syarikat penerbangan mereka. Berikut kami kongsikan tarikh temuduga, lokasi dan dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga!.

 

air asia cabin crew interview

 

Tarikh : 22 Julai 2017 

Tempat : Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asia (dahulunya dikenali sebagai Akademi AirAsia) Lot PT25B, Jalan S5, Zon Sokongan Selatan, KLIA 64000 Sepang, Selangor Darul Ehsan. 

Waktu Pendaftaran : 9.00 pagi - 11.00 pagi 

 

SYARAT KELAYAKAN

 

  • Terbuka kepada rakyat Malaysia (Wanita sahaja)
  • Tinggi: Minimum - 157cm (perempuan) berkaki ayam
  • SPM dengan kredit dalam bahasa Inggeris, lulus dalam Bahasa Malaysia dan satu lagi kredit dalam mana-mana mata pelajaran lain.
  • Graduan dari mana-mana disiplin digalakkan untuk memohon
  • Anggota krew yang berpengalaman digalakkan memohon

 

PERSONALITI YANG DICARI

 

  • Memiliki personaliti menarik, senyuman yang menawan, bertenaga, tekun (Senang cakap kalau kau cantik, peramah, tekun bekerja dah memenuhi ciri-ciri)
  • Lancar bertutur & menulis dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • Memiliki sikap positif dengan keupayaan semula jadi untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dalam persekitaran pasukan &  budaya.
  • Kod pakaian: Kasual (dress labuh  / skirt paras lutut sahaja) dan full make up.

 

AirAsia-Cabin-Crew

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

 

  • Borang permohonan yang lengkap, boleh muat turun, klik @http://www.airasia.com/cabincrewmalaysia-application/
  • Salinan asal SPM dengan KREDIT dalam Bahasa Inggeris atau kelayakan lain, lulus dalam Bahasa Malaysia dan satu lagi kredit dalam mana-mana mata pelajaran lain
  • Resume terkini Asal dan
  • salinan NRIC
  • 1 salinan gambar saiz pasport terkini (kepala hingga bahu)
  • 1 salinan gambar badan penuh terkini (saiz poskad)
  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk ke saringan seterusnya

 

PAUTAN BERKAITAN

  https://afterschool.my/bm_old/berita/qatar-airways-tawar-jawatan-pramugaripramugara-untuk-anda-yang-berminat/ https://afterschool.my/bm_old/berita/temuduga-terbuka-malindo-air-22-julai-2017-pramugara-sahaja/

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail