Tawaran Biasiswa Belajar sambil Melancong ke Jepun oleh Kerajaan Jepun

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 05, 2017, 05:31 pm

Apabila bercakap tentang negara Jepun, apakah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran anda selain penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu?. Bagi kebanyakan orang, perkara pertama yang terlintas mengenai negara matahari terbit itu adalah iklim empat (4) musim, Gunung Fiji, budaya rakyatnya yang kuat bekerja, pakaian tradisi Kimono, fesyen pakaian pelik bertemakan kartun anime Jepun, rancangan kartun popular seperti Doraemon, Sin Chan, kereta api laju (Bullet Train), makanan sushi, Tokyo Disneyland dan banyak lagi.

 

6

 

hqdefault

 

best-places-to-photograph-mount-fuji-1030

 

shinchan

 

Bagi merasai semua keunikan dan keindahan negara itu, anda tidak mempunyai pilihan lain kecuali melancong ke sana. Namun, dengan hanya bergelar pelancong, tentunya mustahil untuk anda merasai semua keindahan dan keunikan Jepun dalam masa yang singkat, melainkan anda tinggal dalam tempoh yang lama di negara itu.

 

130325kitano3

 

Bagaimana caranya hendak tinggal dalam tempoh yang lama? Jawapan pada persoalan tersebut adalah bergelar pelajar di institusi atau universiti di negara itu. Oleh itu, bagi merealisasikan impian anda, kami kongsikan peluang melanjutkan pengajian sambil melancong secara percuma ke Jepun melalui penawaran biasiswa oleh kerajaan Jepun.

 

japanese-street-fashion-culture

 

Tahukah anda setiap tahun Kerajaan Jepun membuka tawaran biasiswa kepada negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan negara itu termasuklah Malaysia, Indonesia dan lain-lain negara lagi.  Terdapat empat (4) biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan Jepun kepada pelajar Malaysia iaitu Biasiswa Pra-Siswazah (undergraduate studies), Biasiswa Pasca-Siswazah (Postgraduate (Research student)), Young Leaders Programme (YLP), Asian Youth Fellowship (AYP) Programme, Japanese Studies dan Teacher-Training. Bagaimanapun, hanya terdapat dua lagi pilihan biasiswa yang masih dibuka untuk permohonan iaitu Japanense Studies dan Teacher-Training.

 

2080_05

 

Biasiswa Pengajian Jepun (Japanese Studies)

Biasiswa ini ditawarkan kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian dalam Bahasa dan Kebudayaan Jepun selama setahun bermula pada bulan Oktober 2017. Dengan penawaran biasiswa ini, ianya tentu sekali bakal merealisasikan impian anda yang berangan-angan hendak melancong ke Jepun, belajar bahasa dan kebudayaan negara itu. Bagi anda yang berminat, berikut merupakan antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi:

 

  • Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 29 tahun pada 1 April 2017 (dilahirkan antara 2 April 1987 dan 1 April 1999).
  • Pemohon mestilah siswazah tahun 2 atau tahun 3 (bukan pelajar tahun akhir) yang major dalam Bahasa Jepun atau Kebudayaan Jepun di mana-mana universiti selain universiti di Jepun.
  • Pemohon mestilah mahir dalam bahasa Jepun (sekiranya anda tidak mahir berbahasa Jepun, mulakan sekarang dengan megikuti kelas bahasa Jepun. Tahun hadapan anda boleh memohon semula kerana tawaran ini dibuka setiap tahun!).
  • Permohonan mesti sampai di Kedutaan Jepun di Malaysia sebelum pukul 4 petang pada 17 Februari 2017.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai cara dan syarat permohonan, anda boleh klik pada panduan permohonan. Sebarang pertanyaan lain, anda boleh terus mengubungi talian 03-2177-2600 (talian sambungan: 157/146) atau klik laman rasmi Kedutaan Jepun di Malaysia untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan tawaran biasiswa ini.

 

gifu_sjgf  

Biasiswa Latihan Perguruan (Teacher Training)

Biasiswa Latihan Perguruan ke Jepun terbuka kepada guru-guru di Malaysia. Tempoh pengajian adalah selama satu tahun setengah dan pengajian akan bermula pada bulan Oktober 2017. Bagi guru-guru yang berminat untuk membuat permohonan, klik Portal rasmi e-Permohonan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melihat hebahan rasmi biasiswa, syarat-syarat memohon dan kaedah permohonan.

 

Sekiranya anda terpilih dan ditawarkan biasiswa ini, Kedutaan Jepun akan menghubungi anda melalui emel dan surat untuk panggilan temu duga yang dijangka akan berlangsung pada awal bulan Mac 2017. Klik di sini untuk melihat kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kedutaan Jepun di Malaysia mengenai tawaran biasiswa ini.

 

sarah-bricker-japanese-guests-tokyo-disneyland-copy

 

Diharapkan dengan perkongsian ini, anda dapat merasai pengalaman belajar sambil melancong ke Jepun secara percuma. Selain itu, bagi anda yang ingin mengetahui tawaran biasiswa terkini anda boleh klik di sini. Oleh itu, kami mengucapkan semoga berjaya dalam permohonan anda dan merasai keenakan sushi di dalam bullet train dengan berlatar belakangkan Gunung Fiji atau sekadar makan sushi dan duduk hadapan komputer sambil memandang gambar di bawah.

 

 1295895174

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail