Star Media Berhad Anjur Karnival Pendidikan Libatkan 100 buah Institusi Pendidikan Dalam dan Luar Negara untuk Khidmat Nasihat Kepada Pelajar yang Ingin Menyambung Pengajian!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 31, 2016, 10:48 am

international-education-fair-malaysia-2015-5  

Bagi anda yang ingin menyambung pengajian terutamanya kepada pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Pengajian Asasi dan sebagainya tetapi masih keliru memilih kursus yang ingin diikuti, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mengunjungi Star Education Fair 2017 yang bakal diadakan sempena meraikan ulang tahun ke 30 karnival pendidikan yang dianjurkan oleh syarikat yang terkenal dalam penerbitan akhbar di bawah label the Star itu.

  43_cyq0yidumaarury  

Karnival pendidikan ini akan disertai oleh 100 buah institusi pendidikan tempatan dan luar negara yang menyediakan peluang menyambung pengajian di Malaysia dan luar negara. Menerusi karnival pendidikan ini, anda berpeluang meneroka pelbagai kursus pendidikan yang ditawarkan sekali gus menentukan kerjaya anda pada masa hadapan.

 

main_013_2101_36p9_zuliantie_1

 

Tidak sekadar itu sahaja, karnival  pendidikan ini turut  menjemput pakar-pakar dalam industri untuk berkongsikan mengenai program pendidikan seterusnya kerjaya yang boleh diceburi selepas anda menamatkan pengajian. Di samping itu, anda turut berpeluang menguji pontensi diri terhadap sesuatu kerjaya yang diminati menerusi career test selain mendapatkan khidmat konsultan bertauliah untuk menerangkan kepada anda mengenai pelbagai program pendidikan  dan potensi kerjaya di masa hadapan.

 

star-fair

 

Karnival pendidikan ini berlangsung di dua (2) tempat iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Ianya diadakan dua kali setahun mengikut sesi pengambilan kemasukan pelajar ke institusi pendidikan. Tarikh, tempat dan masa adalah seperti berikut :

 0

   

Oleh itu, buatlah pilihan yang tepat untuk masa depan anda dengan dibantu oleh pakar-pakar dalam bidang industri dan konsultan pendidikan terbaik khas untuk membantu anda mencorak masa depan yang lebih cerah!. Untuk maklumat lanjut berkenaan karnival pendidikan ini, sila klik di sini. Bagi mengetahui mengenai informasi terkini dunia pendidikan sila layari  laman rasmi kami afterschool.my/bm.

     
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail