Senarai Bidang Pengajian Beserta Biasiswa yang Ditawarkan Pada Bulan April!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 09, 2017, 01:37 pm

Masih tercari-cari biasiswa?. Usah risau, masih banyak lagi biasiswa yang baru dibuka dan ada yang masih belum ditutup. Jadi, jika belum mendapat panggilan temuduga itu, bersabar kerana dalam hidup perlu ada usaha dan paling penting kesabaran. Tanpa berbicara lanjut kami kongsikan tawaran biasiswa yang baru dibuka pada bulan ini berserta jurusan yang boleh dipohon.

   

Biasiswa Kerajaan Hong Kong 2017

  Avenue-Of-Stars-35358  

program biasiswa ini di bawah tajaan Belt & Road Scholarship untuk pengajian di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD bagi kemasukan akademik 2016-2017 di Hong Kong. Jurusan yang ditawarkan adalah bergantung kepada universiti yang ditawarkan sahaja. Untuk lihat senarai universiti, kelayakan, kaedah permohonan boleh klik biasiswa Kerajaan Hong Kong 2017.

 

Biasiswa Yayasan Tabung Haji 2017

 

White_square

 

Lembaga Tabung Haji menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM yang berkelayakan untuk menlanjutkan pengajian di peringkat Kolej Matrikulasi atau pra universiti atau mana-mana IPTA dalam negara dengan pengajian secara sepenuh masa yang diiktiraf oleh kerajaan. Bidang yang boleh dipohon adalah:

 

Sains/Kejuruteraan 

(Teknologi, Sains Fizik, Sains Teknologi Makanan, Arkitek dan semua bidang kejuruteraan)

 

Perniagaan 

(Perbankan, Kewangan Korporat, Perakaunan, Pelaburan, Aktuari, Hospitaliti, Pemasaran, Ekonomi, dan pengurusan harta)

 

Umum

(Semua bidang dalam pengajian islam, komunikasi, psikologi, perladangan, sumber manusia dan undang-undang) d

 

Profesional 

(Chartered Institute of Management Accountant (CIMA), Association of Chartered Certified Accountant (ACCA), Certified Public Accountants (CPA), Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA))

 

Klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Tabung Haji 2017.

 

Biasiswa Top Glove 2017

  Entrance_to_Top_Glove_Tower (1)  

Kumpulan Wang Biasiswa Top Glove telah ditubuhkan dengan objektif untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan untuk mengikuti kursus ijazah pertama secara sepenuh masa di universiti-universiti awam tempatan. Biasiswa ini ditawarkan untuk bidang Mekanikal / Elektrik / Kejuruteraan Kimia, Chemistry / Bio Kimia / Fizik / Matematik, Sains Polimer / Sains Gunaan, Perubatan, Pergigian, Undang-undang dan Kejuruteraan awam. Klik disini untuk permohonan.

 

Biasiswa Astro 2017

  slide_small_20170403   Biasiswa Astro ditawarkan untuk pelajar cemerlang yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat pra-universiti, ijazah dan ijazah lanjutan (master/PhD). Bidang pengajian adalah :

    • Perniagaan & Ekonomi
    • Kewangan & Perakaunan
    • Sains Aktuari, Data Analytics / Science, Statistik dan Matematik
    • Komputer & Digital Technology
    • Kejuruteraan (Audio, Penyiaran, Elektrik, Elektronik & Sistem, Mekatronik, Telekom, Komputer)
    • Komunikasi dan Perhubungan Awam
    • Kewartawanan
    • Linguistik & Language Studies
    • Sains Sosial Arts & Design
    • undang-undang

  Klik disini untuk mengetahui kriteria kelayakan dan permohonan.  

Biasiswa Hong Leong 2017

  scholarship-awards-2012-8  

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang berlatar belakangkan keluarga yang kurang berkemampuan. Biasiswa ini diberikan untuk mana-mana kursus atau bidang pengajian di peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa atau Kursus Diploma di universiti awam dan swasta yang diiktiraf dan di Malaysia. Klik disini untuk permohonan.

 

Biasiswa Gamuda 2017

  edud_ka_pg12a_ka_12  

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang telah mendapat tawaran dari mana-mana institusi pendidikan terkemuka (iaitu universiti terkemuka di Malaysia / dunia) atau sedang mengikuti program ijazah pertama sepenuh masa. Jurusan yang layak memohon adalah :

  Pengajian IPT dalam negara

  • Kejuruteraan
  • Ukur Bahan / Ukur Bangunan / Pengurusan Pembinaan
  • Sains Teknikal (Geologi, Geomatik)
  • Perbandaran & Perancangan Bandar
  • Architecture / Landscape Architecture
  • Pengurusan Hartanah & Real Estate Perakaunan / Kewangan / Perniagaan IT
  • Sumber Manusia / Psikologi

  Pengajian IPT luar negara

  • Kejuruteraan (Awam, Mekanikal, Elektrik atau Alam Sekitar)

Untuk membuat permohonan klik disini.  

Program Penajaan 9A+ (P9A+) (JPA) 2017 (Pengajian Dalam Negara)

 

JPA600x400

 

Program penajaan 9A+ tahun 2017 merupakan penajaan automatik kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2016 yang mendapat keputusan 9A+ dan ke atas untuk melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS dalam negara sahaja. Calon yang menerima biasiswa ini akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Pemboleh Ubah untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke Ijazah Pertama di IPTA/IPTS tempatan yang ditetapkan oleh JPA. Ini bermakna pelajar akan mengikuti program persediaan pra-universiti di dalam negara yang ditetapkan oleh JPA sebagai syarat kelayakan mengikuti program ijazah pertama (degree) iaitu :

  • STPM
  • Matrikulasi
  • Asasi
  • Foundation IPTS

 

Jadi apa tunggu lagi?. Buatlah permohonan sekarang sementara permohonan masih dibuka!. Jangan saat-saat akhir baru hendak memohon. Hentikanlah buat semua benda disaat akhir iteww. Hiks!. Untuk terus mendapatkan tawaran biasiswa terkini, terus layari laman portal kami di bahagian biasiswa!.

 

ARTIKEL MENARIK YANG LAIN

  Esei Anak Malaysia Mengenai Bagaimana Sukarnya Berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, Berjaya Tarik Perhatian 8 buah Universiti Ivy League!Panduan lengkap Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA)Ketahui Cara untuk Memohon Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara!Tarikh-Tarikh Penting Permohonan & Pendaftaran Masuk Ke Tingkatan 6 2017 yang Wajib Anda Tahu!Cara Menduduki Semula Peperiksaan SPM Ulangan & Pendaftaran Calon Persendirian SPM 2017!Permohonan ke Tingkatan Enam 2017!Keseluruhan Laluan Selepas SPM yang Wajib Anda Tahu Berserta Syarat Kelayakan!Permohonan Kemasukan ke Kadet Akademi Laut Malaysia 2017 Kini Dibuka!Semakan Keseluruhan Program Pengajian di IPTA/IPTS/Kemahiran yang Mendapat Pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)Biasiswa yang Wajib Anda Tahu!Tip Mencari Biasiswa yang Wajib Anda Tahu!Info yang Perlu Anda Tahu Mengenai MUET untuk Melayakkan Anda Masuk Universiti!Doktor & Ahli Farmasi Tiada Jaminan Jawatan Tetap dalam Kerajaan Walaupun Pengajian Ditaja oleh KerajaanSTPM Sukar? Fakta atau Mitos?Panduan Lengkap Permohonan PTPTN12 Kerjaya Tanpa Pendidikan Tinggi yang Beri Pulangan Gaji Lumayan!7 Universiti Terbaik Dunia dalam Bidang Kejuruteraan5 Punca Graduan Gagal Memperolehi Pekerjaan berdasarkan kaji selidik oleh Jobstreet9 Laluan yang Bakal Melayakkan Anda Menjadi Seorang Guru!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail