Realisasikan Aspirasi Anda Dengan Biasiswa Pendidikan Fair & lovely 2017!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 10, 2017, 04:55 pm

Anda tahu mengenai Fair & Lovely?. Untuk anda yang mungkin tidak tahu terutamanya lelaki usah bimbang kerana tiada berita baik untuk anda tetapi sekiranya anda wanita dan tidak pernah mendengar mengenai Fair & lovely, anda wajib mengambil tahu mengenainya sekarang! kerana Fair & Lovely sedang dalam misi pencarian mereka untuk menganugerahkan biasiswa kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam untuk tahun 2017.

 

p

 

Dengan tema Realisasikan Aspirasi Anda, Fair & Lovely menerusi Kempen Biasiswa Fair & Lovely 2017 yang dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd ini, akan menganugerahkan biasiswa sehingga RM200,000 ringgit kepada pelajar yang layak. Misi pencarian berkenaan sudah pun dimulakan sejak 6 Januari 2017 yang lalu, pada jam 12:00 am dan bakal berakhir pada 31 April 2017, jam 11:59pm.

 

Kepada anda yang khuatir mengenai tona wajah tidak sekata, kulit mengerutu, parut wajah seperti peta dunia dan seumpamanya dengannya. Lihat gambar pemenang biasiswa Fair & Lovely pada tahun 2016 di bawah. Adakah mereka secantik bidadari, snow white atau cinderella?. Oleh itu, usah merendah diri dan jadikannya penghalang untuk anda merebut biasiswa ini kerana dengan Fair & Lovely segalanya mampu mengubah anda menjadi jelitawan.

 

maxresdefault

 

Kepada bakal pemenang Biasiswa Fair & lovely sekalian, tonjolkan kecantikan menerusi keyakinan diri anda dengan klik pada pautan di sini untuk menyemak syarat permohonan, cara memohon biasiswa dan pautan permohonan. Sekiranya anda ragu-ragu dengan wajah Melayu asli itu, masih ada banyak lagi biasiswa yang ditawarkan kepada anda. Hanya klik di sini untuk melihat biasiswa terbaru yang ditawarkan untuk tahun 2017.

  https://youtu.be/kYNDO8v93I8

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail