Perubahan terkini harga Nombor Unik ID UPU turun 4 sen!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 06, 2017, 11:19 am

Berita baik harga nombor pin UPU turun 4 sen. Gembira ke tidak?. Anda boleh rujuk poster UPU dibawah :

 

 

Walau bagaimanapun, jika disemak pada portal rasmi pembelian no PIN BSN, tiada lagi perubahan harga ditukar. Pihak BSN memaklumkan mereka belum menerima apa-apa arahan daripada pihak UPU. Jadi anda boleh hubungi UPU untuk dapatkan kepastian. 

  

Sementara itu, kami ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan kedudukan sebenar artikel kami sebelum ini. Sebenarnya tiada salahnya kerana kami kongsikan apa yang dikongsikan oleh UPU dibahagian e panduan semakan syarat kelayakan permohonan. Jika anda rujuk gambar di bawah iaitu bahagian carian kategori, terdapat tambahan kategori memandangkan sebelum ini hanya 4 kategori sahaja dipaparkan sekaligus kami menganggapnya sebagai "kategori baru" tetapi kami tetap memaklumkan permohonan masih dibawah kategori DIPLOMA/SETARAF. Tetapi pihak UPU memaklumkan TIADA TAMBAHAN KATEGORI. Persoalannya jika BUKAN KATEGORI kenapa diletakkan dibawah kategori?.

 

 

Kami dianggap sebagai mengelirukan pemohon tetapi siapa yang mengelirukan siapa?. Walau bagaimanapun, kami telah membetulkan semula artikel berkenaan dan mengatakan tiada pertambahan kategori. Kami juga perlu membersihkan nama afterschool kerana apa sahaja berkaitan hebahan penting kami tidak mereka ada kan cerita. Buat masa sekarang, portal semakan syarat kelayakan UPU masih dikemaskini kemungkinan untuk membetulkan semula kategori berkenaan.

 

Kami tidak menyalahkan sesiapa cumanya sebelum sesuatu sistem itu dipertontonkan kepada umum, seeloknya pastikan ianya benar-benar berada dalam keadaan yang tersedia supaya tiada sebarang info yang mengelirukan pemohon. Walau apa pun, kami menghargai usaha keras UPU dalam menyediakan dan mengendalikan sistem UPU bagi kemasukan pelajar ke universiti awam. Kami tahu setiap sistem yang dibangunkan tidak akan pernah sempurna tetapi jangan menyalahkan orang lain atas kecuaian diri sendiri. Akui kesilapan dan buat permohonan maaf. Semoga sebarang kekurangan dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa. Akhir kata, semoga berjaya buat pemohon semua dan kami akan terus memberikan informasi berguna kepada anda semua.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail