Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 20, 2017, 02:08 am
Heboh spekulasi hangat mengenai isu kriteria permohonan Biasiswa Program Penajaan Nasional JPA (sebelum ini dikenali sebagai biasiswa Bursary) iaitu pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2016 perlu mendapat A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan SPM 2016 bagi melayakkan mereka menerima biasiswa itu.
Berikutan perkara tersebut, ramai yang tidak berpuas hati apabil JPA mengubah syarat kelayakan dengan menetapkan pelajar perlu mendapat A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil tidak seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu jika pelajar mengambil 10 subjek dan salah satu subjek tidak mendapat A+, permohonan mereka masih lagi diterima dan jika mereka mengambil lebih daripada 9 subjek permohonan masih diterima.
Berikutan isu tersebut, pihak JPA mengubah syarat kepada syarat asal dimana syarat kelayakan menetapkan pelajar perlu memperolehi A+ untuk semua subjek dengan sekurang-kurangnya 9 subjek dalam SPM 2016. Jadi jika pelajar mengambil lebih daripada 9 subjek dan 9 daripada 10 subjek tersebut mereka memperolehi gred A+, mereka layak memohon.
Berita gembira itu turut dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di laman sosial Twitter rasmi milik beliau yang turut mengucapkan terima kasih kepada JPA kerana memperjelaskan dan mengubah syarat kelayakan tersebut.
Oleh itu, kepada anda yang keliru sebelum ini dan menyangka perlu mendapat semua A+ dalam semua subjek yang diambil bolehlah memohon biasiswa ini semula. Untuk pengetahuan anda, pada tahun ini JPA menawarkan 3 kategori biasiswa iaitu Program Khas JKPJ 2017 (pengajian ke Jepun, Korea, Perancis, Jerman), program Penajaan 9A+ (P9A+) 2017 (pengajian dalam negara) dan Program Penajaan Nasional (PPN) 2017 (program pengajian luar negara).
Selain biasiswa yang ditawarkan oleh JPA, banyak lagi biasiswa lain yang ditawarkan oleh pelbagai institusi selain syarat kelayakan juga tidaklah terlalu tinggi selain terdapat juga biasiswa yang menawarkan pekerjaan selepas tamat pengajian antaranya biasiswa Sime Darby, Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), biasiswa Telekom Malaysia, biasiswa Bank Negara Malaysia dan banyak lagi. Rujuk pada pautan di bawah untuk senarai biasiswa terkini yang ditawarkan. Semoga berjaya dalam permohonan!.
Perlukan
bantuan?