Permohonon Online Kemasukan ke Kolej Vokasional KPM, Sekolah Teknik, WISDEC & GIAT MARA Dibuka 10 Oktober 2017

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 09, 2017, 04:53 pm

Memang tidak dinafikan bahawa ilmu kemahiran sangatlah penting untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bukan bermakna ilmu akademik itu tidak penting tetapi ilmu kemahiran perlu seiring dengan ilmu akademik. Setakat ilmu akademik sahaja, kurang menjamin masa depan yang baik. Sebab itulah walaupun pelajar memilih untuk ke universiti kelak, pilihlah kursus yang mempunyai kemahiran. Jika sebaliknya, peluang kerjaya itu agak tipis.

 

Untitled-1

 

Kepada ibu bapa yang melihat potensi anak anda ke arah kemahiran, apa kata bantu mereka untuk membuat permohonan kemasukan ke institusi kemahiran. Usah memaksa mereka teruskan pengajian yang akhirnya mendatangkan hasil yang sia-sia sahaja. Sekiranya, anak anda sedang menduduki peperiksaan PT3 2017 sekarang, anda boleh memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi kemasukan ke institusi kemahiran untuk ambilan Januari 2018 seperti berikut :

 

Permohonan dibuka untuk ke institusi berikut :

  • Kolej Vokasional KPM (Diploma kemahiran)
  • Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
  • Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
  • GIATMARA

 

img_0524

 

Permohonan secara online dibuka mulai 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017. Jika berminat untuk membuat permohonan, boleh layari https://sptv.moe.gov.my dan klik pada permohonan kemasukan. Jika klik pada hari ini belum boleh memohon lagi. Sistem hanya dibuka pada esok iaitu 10 Oktober 2017. Sekiranya ada sebarang kekeliruan atau pertanyaan lain sila hubungi alamat berikut :

 

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6, Blok E14, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

 

Bimbang mengenai peluang melanjutkan pengajian kelak?. Usah bimbang, graduan vokasional sudah disediakan tempat khas di universiti. Mereka boleh mohon ke 4 buah rangkaian universiti teknikal. Klik disini untuk info mengenai universiti berkenaan dan kursus vokasional yang ditawarkan.

 

facebook_1477366323767

 

Selain itu, lulusan kemahiran juga boleh memohon melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan menggunakan sijil APEL. Apa itu sijil APEL?. KLIK DISINI untuk baca perkongsian kami dan bagaimana hendak mendapatkan sijil berkenaan.

 

Jika mahu anak anda menjadi seorang pensyarah kemahiran, selepas tamat pengajian nanti boleh mohon kemasukan ke CIAST . CIAST menawarkan kursus VTO (TENAGA PENGAJAR KEMAHIRAN) selama 9 bulan setengah untuk lepasan kursus kemahiran dalam bidang mereka. Selepas tamat pengajian, boleh mohon sebagai pensyarah di mana-mana institut kemahiran kerajaan mahu pun swasta. Yuran pengajian juga PERCUMA!. Untuk info berkaitan kursus VTO ini, klik disini.

 

Oleh itu, usah berfikiran negatif kerana terlalu banyak peluang yang tersedia untuk mereka. Kini, lulusan TVET bukanlah lulusan kelas kedua tetapi setanding dengan lulusan akademik kelas pertama. Nasihat kami sebelum memohon, kenali anak anda dan tanyakan dahulu minat mereka. Jika mereka berminat bantu mereka untuk mendaftar. SEMOGA BERJAYA!.

 

PERHATIAN

 

Sekiranya anda ada saudara-mara yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini, boleh bantu kongsikan dengan mereka soalan ulang kaji SPM yang dianalisis sejak 8 tahun lepas oleh guru-guru pakar pengubal soalan. Soalan ramalan ini penting untuk mereka membuat persediaan kelak. Analisis soalan ini menfokuskan kepada topik yang bakal diajukan kelak dalam SPM sebenar. Klik disini untuk ke pautan MUAT TURUN. Semoga perkongsian anda, bermanfaat untuk mereka.

 

SPMRG

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail