Permohonan Program Asasi Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk Sesi Pengambilan 2017/2018 telah Dibuka!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 29, 2016, 12:35 am

Adakah anda berminat untuk belajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP)?. Permohonan untuk program Asasi, UTP bagi sesi pengambilan bulan Mac 2017 telah pun dibuka bermula pada 10 Oktober 2016 yang lalu.

  oath-taking-007  

Tentu anda mahu mengetahui bagaimana untuk memohon bagi pengajian Asasi di UTP bukan?. Oleh itu, kami kongsikan langkah-langkah persediaan sebelum membuat permohonan, permohonan menerusi aplikasi atas talian (online), Kursus yang ditawarkan di UTP, kelayakan permohonan, tarikh-tarikh penting untuk kemasukan bagi sesi bulan Mac 2017.

 

PERSEDIAAN SEBELUM PERMOHONAN

Bagi persediaan sebelum membuat permohonan, anda perlu menyediakan beberapa dokumen dalam format PDF. Ini kerana dokumen dalam format PDF perlu dimuat naik ketika permohonan online dibuat. Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan :

 
    • Salinan Kad Pengenalan.
    • Keputusan peperiksaan ( Keputusan Percubaan SPM 2016 atau keputusan SPM 2014, 2015 yang sebenar atau kelayakan yang berkaitan (cth: O- Level, IGCSE, lain-lain yang diterima).
    • Slip pembayaran sebagai bukti pembayaran untuk bayaran memproses permohonan (Deosit Tunai, Slip ATM, bayaran menerusi Internet BankingTelegraphic Tranfser)- Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM30.00 (Bayaran tidak akan dikembalikan).
    • Bayaran boleh dibuat ke akaun UTP. Maklumat akaun seperti berikut :
 
Institusi Universiti Teknologi PETRONAS
Akaun Bank 8004857910
Nama Bank CIMB Berhad
Alamat Akaun 20, Jalan Pos Baru, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia
  metp_3110_4ipaconvo_sd_3   PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Selesai langkah pertama, langkah kedua adalah permohonan menerusi atas talian (online). Berikut dikongsikan perkara yang anda perlu ambil perhatian selepas membuat permohonan.

  • Log masuk ke aplikasi permohonan online. Klik di sini untuk ke portal permohonan.
  • Pastikan anda mengingati emel dan kata laluan yang digunakan ketika membuat permohonan kerana anda memerlukannya ketika hendak menyemak status permohonan atau mengemas kini permohonan.
  • Pastikan maklumat yang disi adalah tepat dan benar.
  • Tiga (3) program pengajian wajib dipilih sebagai pilihan utama.
  • Berikut adalah senarai program yang ditawarkan oleh UTP :
 

Chemical Engineering Civil Engineering Computer Engineering Electrical & Electronic Engineering Mechanical Engineering Petroleum Engineering Petroleum Geo-science Information & Communication Technology Business Information System  Applied Chemistry Applied Physic

 
  • Bagi mengisi bahagian kelayakan akademik, anda dikehendaki menlengkapkan semua informasi yang diminta. Contoh gred untuk semua subjek percubaan SPM 2016 atau keputusan sebenar SPM 2014, 2015 atau mana-mana kelayakan yang diterima.
  • Muat turun semua dokumen seperti mana yang dikehendaki (semua dokumen perlu disahkan oleh pendaftar sekolah, Pedaftar universiti, pegawai kerajaan atau mana-mana jawatan kerajaan (pegawai kumpulan A).
  • Klik "SUMBIT" untuk hantar permohonan. Anda akan menerima mesej notifikasi selepas menghantar permohonan. contoh : No Rujukan Permohonan atau lain-lain.
  • Sesi assesment UTP (EduCamp) akan diadakan pada 11 hingga 13 Februari 2017 di kampus Sabah dan Sarawak.
  • Berikut dikongsikan tarikh penting seperti berikut :
 
Ambilan Mac 2017
Tahap pengajian Asasi
Kelayakan Percubaan SPM 2016, SPM (2015, 2014, 2013), O-Level atau kelayakan yang berkaitan
Permohonan online (Dibuka) 10 Oktober 2016
Permohonan Online (Ditutup) 8 Januari 2017
Penguguman EduCamp 18 Januari 2017
EduCamp 11, 12 & 13 Februari 2017
Tawaran kemasukan 6 Mac 2017
Pendaftaran 14 & 15 Mac 2017
  lock3-transformed   Untuk membuat permohonan klik di sini. Untuk pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi Talian Hotline UTP : 1-300-22-8887. Waktu operasi adalah  : 8.30 am - 4.30 pm : Isnin -Jumaat.   Teruskan mendapat informasi terkini daripada kami dengan melayari afterschool.my/bm.
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail