Permohonan ke Pengajian DIPLOMA UPSI Ditutup Pada Hari Ini

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 05, 2017, 04:11 pm

Dukacita dimaklumkan, permohonan ke UPSI untuk pengajian diploma di TUTUP pada hari ini. Jadi jika anda mahu memohon esok, nombor BITARA pin sudah tidak dijual lagi dan kepada yang hendak kemaskini maklumat dan sebagainya boleh kemaskini sekarang. Itu apa yang dimaklumkan oleh pegawai UPSI selepas dihubungi oleh pihak kami.

 

Seakan tidak mahu mengakui kesilapan dan tiada permohonan maaf malah dibasuhkan kami, kerana dikatakan mereka sudah beri masa selama sebulan kepada pelajar. Amboi, sebulan atau setahun itu bukan masalah mereka, jika membuat kesilapan mohon maaf dan betulkan sahaja. Tidak usah menegakkan benang yang basah. Ramai pelajar yang keliru kerana di brosur 5 Oktober manakala di portal permohonan 15 Oktober.

 

iklan_diploma_nov_1718

 

munin

 

Siapa kata kaunselor tiada cabaran. Inilah cabarannya. TETAPI kerana masa depan negara dan anak bangsa, kami butakan mata dan pekakkan telinga apabila berhadapan dengan situasi begini. Asalkan pelajar mendapat informasi yang betul dan terkini untuk melanjutkan pengajian. Kepada yang belum memohon diingatkan, sudah terlambat kerana BSN pun sudah ditutup. Mungkin boleh beli melalui ATM BSN. Kami sudah pesan mohon awal, jika jadi begini, tidak dapatlah nak menolong. Apa-apa pun semoga berjaya!

 

-Walaupun kita ada kemahiran yang hebat, takkan selamanya hendak menjadi kuli orang di atas-”

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail