Perkhidmatan Profesor di Universiti Awam Terpaksa Ditamatkan Berikutan Kekurangan Dana Akibat Pemotongan Bajet Pendidikan Tinggi 2017- Majlis Profesor Negara

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 10, 2017, 01:31 pm

Memasuki tahun 2017, isu hangat dalam pendidikan tinggi negara adalah isu pemotongan bajet pendidikan tinggi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan bajet 2017, tahun lalu. penguguman bajet pendidikan untuk tahun 2017 berkenaan memperlihatkan pemotongan peruntukkan daripada RM 13.378 bilion kepada 7.4 bilion untuk tahun 2017 iaitu pengurangan sebanyak 5.978 bilion berbanding tahun lalu.

 

malaysia-budget

 

Pemotongan bajet pendidikan secara berterusan selepas tahun 2011 untuk beberapa buah universiti awam utama di negara itu telah menimbulkan kebimbangan terutamanya dalam kalangan pihak pengurusan tertinggi universiti. Pemotongan bajet itu dilihat bakal memberi kesan buruk kepada 20 universiti awam seluruh negara antaranya adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan lain-lain lagi.

 

Universiti Malaya (UM), universiti penyelidikan dan ranking pertama negara menerusi temu bual akhbar The star baru-baru ini, menyatakan kebimbangan mereka mengenai pemotongan bajet pendidikan itu. Berikutan kekurangan dana itu, pihak universiti terpaksa menamatkan kontrak profesor dan staf akademik yang sebelum ini memberi sumbangan terbaik kepada pelajar.

 

university-malaya

 

Pengerusi Majlis Profesor negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Ros menyuarakan kebimbangan beliau mengenai pengurangan bajet pendidikan yang saban tahun semakin berkurang ini. Beliau khuatir sekiranya universiti awam di negara ini gagal bersaing di peringkat global hanya disebabkan oleh pemotongan bajet sehingga menjejaskan kualiti pendidikan negara apabila ramai staf akademik yang berpotensi terpaksa ditamatkan kontrak.

  [caption id="attachment_65955" align="alignnone" width="600"]image-1 Pengerusi Majlis Profesor negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Ros.[/caption]  

"Majoriti profesor yang hebat berumur antara 55 tahun ke atas dan kira-kira 250 orang telah bersara dari perkhidmatan mereka setelah menjangkau umur 60 tahun pada pertengahan tahun lepas. Ada di antaranya diminta untuk menyambung perkidmatan semula menerusi penawaran kontrak oleh universiti, ada yang berkhidmat di universiti swasta dan kira-kira satu pertiga daripadanya gagal dikenal pasti selepas bersara.

 

"Umur persaraan bagi penjawat awam di Malaysia kini telah dipendekkan kepada umur 60 tahun, sekiranya perkhidmatan mereka masih diperlukan, institusi yang berkenaan perlu membiayai sendiri menerusi penawaran kontrak. Penawaran tersebut kebiasaanya bergantung kepada prestasi mereka atau peruntukkan dana yang ada pada universiti untuk membiayai gaji mereka. Dengan pemotongan bajet berkenaan, universiti tiada pilihan lain untuk mengurangkan kos selain menamatkan kontrak tersebut,"kata Dr Radhuan.

 

Di bawah Bajet 2017, Kementerian Kewangan menerusi bajet pendidikan 2017 telah memperuntukkan keseluruhan sebanyak 7.4 bilion kepada 20 universiti awam seluruh negara, 1.4 bilion untuk 4 hospital universiti, 300 juta kepada universiti penyelidikan dan 100 juta untuk meningkatkan bilangan penerbitan dan harta intelek. Sebagai perbandingan, sebelum ini peruntukan adalah sebanyak RM13.4 bilion di bawah Bajet 2016 dan RM15.8 bilion di bawah Bajet 2015 manakala hospital pengajar telah diperuntukkan RM8.8 bilion dalam Bajet 2016, dan RM9.9 bilion dalam Bajet 2015.

 

Menteri pendidikan tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, "Pengurangan berkenaan dibuat selaras dengan usaha untuk mengurangkan kebergantungan universiti awam kepada kerajaan selain menggalakkan institusi berkenaan memaksimumkan penggunaan asetnya. Ini bertepatan juga dengan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 yang tidak mahu universiti awam terlalu bergantung kepada kerajaan memandangkan sekarang kebergantungan universiti awam kepada kerajaan adalah di antara 70% hingga 90%, "katanya menerusi akhbar Sinar Harian.

  [caption id="attachment_65954" align="alignnone" width="600"]image Menteri pendidikan tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.[/caption]  

Walau apa sekalipun alasannya, kerajaan dan universiti perlu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menangani masalah ini. Dengan penamatan kontrak ahli akademik bertaraf profesor ini, kualiti pendidikan negara mungkin akan terjejas kerana negara mensia-siakan kepakaran yang ada pada golongan ini untuk memacu bidang pendidikan negara sekali gus bersaing di peringkat global.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail