Penubuhan MRSM Baharu Berteraskan Kokurikulum Ulul Albab akan Dilaksanakan di Sik, Kedah Pada Pertengahan Tahun Ini

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 03, 2017, 07:06 pm

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Sik, Kedah bermula pada pertengahan tahun ini, kata Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa. Annuar dalam kenyataan pada Isnin lalu berkata, pemilihan tapak pembinaan MRSM itu telah diputuskan sejak dua minggu yang lepas.

  image-1  

"Projek MRSM baharu ini akan dilaksanakan di satu tapak yang telah dikenal pasti di kawasan Dewan Undangan Negeri Jeneri bagi mengimbangi pembangunan di Parlimen Sik," katanya.

 

dscn0541

 

dsc02673

 

MRSM ke-53 yang ditubuhkan di seluruh negara dan merupakan ketujuh di negeri Kedah itu akan mampu menampung kira-kira 750 pelajar pada satu-satu masa.

 

dsc02679

 

Disamping itu, MRSM baharu ini dijangka akan melaksanakan program Ulul Albab yang merupakan gabungan pendidikan antara program sains tulen dan agama termasuk tahfiz Al-Quran. Ianya sekali gus menjadikan MRSM kelima yang menjalankan program seumpama itu selepas MRSM Gemencheh, Kota Putra, Kepala Batas dan Sungai Besar.

  [caption id="attachment_65792" align="alignnone" width="607"]perlaksanaan-program-ua-di-mrsm-gemencheh-13-638 Ciri-ciri kokurikulum berlandaskan Ulul Albab.[/caption]   [caption id="attachment_65793" align="alignnone" width="610"]perlaksanaan-program-ua-di-mrsm-gemencheh-19-638 Jadual harian pelajar MRSM di bawah Program Ulul Albab.[/caption]  

Beliau berharap penubuhan MRSM, Sik itu akan dapat menyumbang ke arah usaha melahirkan lebih ramai tokoh korporat, profesional, teknorat serta pemimpin dalam pelbagai lapangan yang berteraskan sains, teknologi, agama, kesenian, kejuruteraan dan matematik.

 
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail