Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 11, 2016, 12:13 pm
Afterschool.my mengajak kawan-kawan kita berkongsi cerita dan pendapat mereka. Tahun baru ini, Ahmad Aiman Bin Mohamed berkongsi pengalaman dan perjalanan mengejar gelar sebagai seorang guru Malaysia melalui Institut Pengajian Guru (IPG).
Kena kuat kalau nak jadi cikgu! Calon harus menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang menguji kelayakan kita sebagai seorang guru. Ujian tersebut terbahagi dua:
Siap, kapten! Pakaian mencerminkan keperibadian, jadi calon guru hendaklah berpakaian sopan dan kemas. Calon lelaki digalakkan memakai:
Calon wanita digalakkan memakai:
Susun sijil-sijil dari sekolah berdasarkan tahap pendidikan paling tinggi (terbaru) hingga ke tadika (jika ada). Sesi temuduga ada 3, di mana dua sesi akan dijalankan per orang dan sesi ketiga dalam kumpulan yang terdiri dari 8 hingga 9 orang calon lainnya. Topik-topik temuduga/perbincangan termasuk:
Calon hendaklah kreatif dan ikhlas dalam memberi jawapan, dan JANGAN monopoli perbincangan berkumpulan! Sesi temuduga akan mengambil kira hal berikut:
Hai cik abang dan cik adik! Waktu orientasi satu minggu mestilah digunakan untuk saling mengenal satu sama lain. Syarat berpakaian para siswa adalah kemeja putih dengan seluar atau kain hitam sepanjang musim orientasi.
Anjakan paradigma. Tahun pertama di IPG dinamakan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang mirip dengan program Asasi di Universiti Awam. Setelah itu, siswa IPG yang layak akan melanjutkan pengajian 4 tahun ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Siswa yang memulakan pengajian sesi Jun 2015 akan lulus dari PPISMP pada Jun 2016. Setelah cuti pertengahan semester bulan Jun berakhir, semester pertama PISMP akan bermula. Cuti sepanjang pengajian di IPG adalah sama dengan cuti di sekolah kerajaan biasa.
Takkanlah calon guru pun meniru? Terdapat 8 matapelajaran pada semester pertama di PPISMP, bermakna terdapat 8 ujian. Lima subjek akan dinilai secara berterusan (peperiksaan + tugasan) tanpa ujian akhir. Tiga matapelajaran teras akan dinilai berdasarkan tugasan dan ujian akhir.
Kelas diadakan setiap Isnin hingga Jumaat setiap minggu, dengan kelas tambahan pada hari Minggu jika perlu. Jam kelas adalah anjal, dari seawal 7.45 pagi hinggalah 11 pagi. Tetapi akan berakhir pada masa yang sama setiap hari (4 petang) kecuali setiap hari Rabu (12 siang). Baca lebih lanjut di blog Aiman.
Perlukan
bantuan?