Pendaftaran MUET Sesi MAC 2018 Dibuka Sekarang Sehingga 10 Januari 2018

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 07, 2017, 02:01 pm

Kepada anda yang berniat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda (degree), anda WAJIB mempunyai kelayakan MUET. Ramai dalam kalangan anda yang memandang remeh akan hal ini dan buat tidak tahu sahaja sehinggalah saat permohonan kemasukan ke universiti dibuka TERUTAMANYA lepasan diploma. Bila hendak memohon tidak layak kerana tidak memiliki MUET. Ada juga yang degil memohon, akhirnya tidak berjaya dalam permohonan. Buang masa dan duit sahaja beli no pin permohonan.

 

Jadi, untuk anda yang belum memiliki MUET bolehlah mendaftar untuk menduduki peperiksaan MUET SESI Mac 2018. Pendaftaran telah pun dibuka bermula pada 1 November 2017 lalu sehingga 10 Januari 2018. Berikut adalah hebahan yang dibuat oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

 

KLIK DISINI untuk semak panduan pendaftaran semua calon sama ada calon sekolah atau calon persendirian

 

KLIK DISINI untuk rujuk manual permohonan CALON PERSENDIRIAN

 

KLIK DISINI Untuk terus ke laman rasmi permohonan MPM MUET bagi membuat permohonan

 

 

Jika anda ingin ketahui info penting lain mengenai MUET, sila klik pautan berikut :

 

 https://afterschool.my/bm/berita/info-yang-perlu-anda-tahu-mengenai-muet-untuk-melayakkan-anda-masuk-universiti/

 

Sekiranya anda adalah calon sekolah/sekolah swasta tidak perlu risau kerana pihak sekolah akan daftarkan untuk anda TETAPI jika ada adalah lepasan diploma yang tidak pernah mengambil MUET, sila mohon dibawah calon persendirian. Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail